Azraai Khor: KFA Tidak Pernah Berhutang Dalam Jumlah Yang Besar

Azraai Khor Kedah FA

Bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah berkata kepada Berita Harian yang semua pihak tidak perlu panik dan bimbang berikutan pendedahan tunggakan gaji Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) tempohari.

Ini kerana, menurutnya, situasi itu bukanlah satu perkara luar biasa memandangkan ia sudah sangat sinonim dengan ‘bola sepak Malaysia’ dan penjelasan yang telah diberikan oleh Setiausaha Kehormat KFA tampak sudah cukup untuk difahami.

Tambahnya lagi, beliau yakin yang KFA memiliki cara untuk menyelesaikan masalah tersebut dan bersandarkan sejarah sebelum ini, KFA tidak pernah berhutang dalam jumlah yang besar kerana pasukan bergantung dengan dana kerajaan negeri.

“Kalau lihat penjelasan KFA itu, kita perlu terimalah. Bukan setakat Kedah sahaja tetapi boleh dikatakan hampir semua pasukan turut bergantung kepada dana kerajaan negeri untuk bergerak kerana bola sepak Malaysia idak dapat dipisahkan dengan politik.

“Malah, dalam sejarah KFA pun saya rasa tidak pernah berhutang dalam jumlah yang besar, jadi saya yakin pengurusan ada cara untuk menyelesaikan masalah itu.

“Kita pun perlu faham situasi semasa yang menjadi punca masalah ini dan semua pasukan turut mengalaminya,” ulasnya lagi mengenai isu tersebut dan menuntut semua pihak memahami kekangan yang sedang dihadapi oleh majoriti pasukan.

“Apapun, KFA sudah berjanji menyelesaikan masalah ini dan saya percaya mereka boleh melakukannya,” kata Azraai Khor lagi yang pernah membimbing skuad Helang Merah sehingga merangkul kejuaraan Treble pada musim 2007 dan 2008.

Ssebelum ini, Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Asri telah menjelaskan yang KFA akan menyelesaikan semuanya apabila pihak penaja menyelesaikan nilai penajaan mereka sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Beliau turut memaklumkan yang kerajaan negeri juga memiliki kekangan ketika ini apabila misi menaik taraf keperluan kesihatan serta menyelamatkan nyawa rakyat menjadi keperluan yang amat penting dan didahulukan pada ketika ini.

Walaubagaimanapun, dengan ketidaktentuan bila tempoh PKP ini akan berakhir, adakah KFA akan menanti tanpa mengadakan perbincangan bersama pemain yang dikhabarkan ‘mengadu’ kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN