Azraai Khor Sentiasa Bersedia Untuk Kedah Jika Diperlukan

Azraai

Tan Cheng Hoe dikatakan akan meneruskan hasrat beliau untuk membantu skuad kebangsaan. Keadaan ini pastinya meninggalkan lohong yang besar untuk diisi.

2 nama yang berlegar kuat adalah Azraai Khor dan Ramon Marcote.

Ramon Marcote pernah berkhidmat di Kedah sebagai pembantu Tan Cheng Hoe. Semasa ketiadaan Tan Cheng Hoe yang berguru di luar negara ketika itu, Marcote berjaya membawa Kedah ke final Piala Malaysia 2015.

Falsafah taktikal Marcote tidak jauh bezanya dengan yang Kedah miliki hari ini.

Beliau sendiri kerap dikaitkan dengan individu yang menjadi asas penting mengubah cara bola sepak Kedah dimainkan ketika membantu Tan Cheng Hoe.

Beberapa laporan media tempatan telah menyebut nama bekas pengendali Kedah, Azraai Khor terbuka untuk kembali ke kem Hijau Kuning jika KFA mahukan khidmat beliau.

Azraai Khor pastinya terkenal dengan pencapaian luar biasa Kedah menjuarai double trebles pada 2007 dan 2008.

Azraai Khor buat masa ini bebas daripada mana-mana kontrak. Beliau mengambil masa ‘cuti’ untuk meningkatkan ilmu kejurulatihan beliau.

Azraai Khor juga berpendapat, mana-mana jurulatih yang akan menggantikan Tan Cheng Hoe perlu sedia untuk meneruskan falsafah bola sepak yang telah diterapkan dalam pasukan yang ada pada hari ini.

Dipetik dari sumber Mstar Online, Azraai Khor berkata:

“Tiada apa-apa perkembangan berhubung perkara itu.”

“Sebagai anak watan Kedah, sekiranya ditawarkan pihak pengurusan pasukan itu, saya bersedia untuk membantu.”

“Namun mereka (KFA) lebih tahu sekiranya memerlukan bantuan mereka akan hubungi saya,”

Kedah ketika ini sedang dalam rangka persiapan untuk menentang PKNP dalam perlawanan Piala FA.

Diberitakan Liridon Krasniqi masih belum pulih sepenuhnya. Kedah memiliki kelebihan 5 gol aggregate di dalam perlawanan ini.

Baca juga: Keputusan Gelanggang Korea Utara Lawan Malaysia Bakal Diketahui Hujung Minggu Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN