Azraai Khor Anggap Kim Pan-gon Sebagai Jurulatih Kebangsaan Paling Berjaya

Bekas pengendali berpengalaman, Azraai Khor Abdullah menyifatkan Kim Pan-gon sebagai jurulatih dari luar negara paling berjaya pernah melatih pasukan kebangsaan menerusi pandangannya tersendiri.

Kim yang dilantik pada tahun 2022 tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan impak cukup positif buat pasukan kebangsaan menerusi sentuhan ajaibnya di pentas antarabangsa.

Bukan sahaja daripada segi kedudukan ranking negara yang semakin baik, tetapi pengaruh positif juga turut dirasai daripada segi corak permainan Harimau Malaya sendiri di atas padang.

Maka tidak hairan mengapa Azraai tampil dengan memberi pujian penuh kepada jurulatih tersebut yang kembali mengangkat maruah bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.

Malah, beliau juga mempunyai keyakinan tinggi pengendali dari Korea Selatan itu mempunyai perancangan tersendiri untuk aksi persahabatan seterusnya berdepan Syria.

Malaysia bakal menghadapi Syria sebagai ujian terakhir mereka bagi menguji kekuatan semasa sebelum mereka menghadapi saingan Piala Asia 2023 tidak lama sahaja lagi.

Azraai juga tampil berkeyakinan setiap barisan pemain dibawa turun untuk aksi persahabatan itu nanti mampu tampil dengan aksi positif berdepan Syria.

“Sudah tentu Kim Pan-gon akan letak dia punya barisan terbaik. Dia pasti sudah buat kerja rumah kekuatan pasukan yang akan bertemu nanti dan sudah tentu pemain yang akan diturunkan, akan ada perubahan dan tiada masalah untuk pemain memberikan sepenuh jiwa dalam perlawanan menentang Syria ini.

“Kim Pan-gon seorang yang versatile dalam menyusun strategi dan taktikal. Dan itu adalah kekuatan dia sebagai jurulatih.

Sampai sekarang ini jurulatih yang paling berjaya berbanding jurulatih lama termasuk dari luar negara dan itu terbukti dari segi ranking dan sebagainya. Itu kemampuannya,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Selain itu, bekas jurulatih Kedah tersebut turut mengakui Kim sebagai antara pengendali yang mempunyai ketelitian cukup tinggi menyusun strategi perlawanan dihadapi.

Selepas aksi berdepan Syria, Malaysia akan menghadapi aksi Piala Asia peringkat Kumpulan E dengan bertemu Jordan, Bahrain, serta Korea Selatan bagi mengetahui jika mampu untuk mara atau tidak ke pusingan seterusnya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN