Azmi Muslim: Pasukan Lebih Bersedia Hadapi PKP Buat Kali Kedua

Azmi Muslim

Pemain pertahanan Pulau Pinang, Azmi Muslim menyifatkan persediaan pasukan kali ini lebih tersusun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun ketika ini hanya mengikuti program latihan dalam talian.

Jelasnya, pasukan dilihat lebih matang untuk mengharungi cabaran kali ini berbanding musim lalu selepas kali pertama tidak dibenarkan berlatih ekoran pandemik COVID-19 apabila seluruh negara dikenakan PKP bermula Mac 2020.

Namun, tahun ini agak berbeza kerana setiap individu masih diberi kelonggaran apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran untuk keluar berjoging mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan perkara itu sedikit sebanyak membantu pemain untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka.

“Macam tahun lepas, sudah tentu la kita masih terkejut apabila satu negara dikenakan PKP dan pasukan juga tidak dibenarkan berlatih, jadi perkara itu kita tidak jangka dan mengambil masa untuk kita sesuaikan diri.

“Tetapi tahun ini, kita sedar dengan situasi sekarang dan apabila sekali lagi dikenakan PKP, pasukan dan jurulatih sudah bersedia dengan segala program latihan untuk kami ikut dalam atas talian setiap hari.

“Semua memberi kerjasama yang baik untuk jurulatih sentiasa memantau latihan kami dan apa pun, saya rasa kami semua kena sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.

“Bonus juga untuk kami apabila masih dibenarkan untuk keluar berjoging, jadi kami dapat juga buat beberapa larian yang diperlukan untuk memastikan tahap kecergasan tidak terjejas”, katanya.

Pulau Pinang antara enam negeri yang terbabit dengan PKP bermula 13 Januari sehingga 26 Januari termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah manakala enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketika ini, semua pasukan sedang giat melakukan persiapan rapi menjelang sepak mula Liga Malaysia 2021 yang akan bermula pada 26 Februari depan

Kredit featured image: FA Penang

Baca artikel lain dari kami mengenai Azmi Muslim:

Azmi Muslim Tak Mahu Pulau Pinang Sekadar Jadi Pasukan Pelengkap Liga Super 2021

Azmi Muslim: Kalau Ikutkan Tak Mahu Pun Sertai Pemilihan MyTeam

Azmi Muslim: Komitmen Tinggi Jadikan Indra Putra Pemain Yang Istimewa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN