Azmeer Yusof Mahu Kunci Kaki Kiri Safawi Rasid

Bek kanan pasukan Kedah, Azmeer Yusof menyatakan beliau akan cuba sedaya upaya untuk mematikan kaki kiri Safawi Rasid dalam aksi final nanti – jika beliau diturunkan.

Safawi Rasid merupakan pemain sayap songsang yang gemar untuk melakukan pintasan ke dalam dan kemudian melakukan lencongan dengan kaki kirinya.

Azmeer sudah 2 kali berhadapan dengan Safawi dalam kancah Liga Super. Dan beliau sedar, itu bukanlah alasan untuk Azmeer leka dan tidak cuba untuk melakukan lebih latihan dan kajian tentang permainan Safawi.

Bercakap kepada Harian Metro, Azmeer berkata: “Dah dua kali saya berhadapan dengan beliau.”

“Dan seperti semua orang tahu, beliau antara pemain yang terbaik di Malaysia. Walaupun sudah dua kali jumpa tapi bagi saya pentas final berbeza dan saya perlu mengkaji lagi permainan Safawi.”

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya kena tutup kaki kiri dia dan tutup daripada dia melakukan larian di celah-celah pemain.”

Azmeer menganggap larian Safawi di kawasan sempit di antara pemain lawan merupakan salah satu ancaman yang perlu diberikan perhatian.

Dalam aksi separuh akhir yang lalu, Azmeer mengawal seorang lagi pemain kebangsaan iaitu Mohamadou Sumareh.

Namun pemain itu adalah pemain sayap klasik yang berbeza dengan gaya permainan Safawi.

Azmeer turut menyatakan beliau gembira kerana berjaya membantu Kedah mara ke final sebanyak 2 kali di dalam kariernya. Yang pertama adalah pada 2016.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN