Azman Adnan Ingin Lihat Pasukan Lain Tamatkan Dominasi JDT

Bekas pemain kebangsaan, Azman Adnan menyuarakan hasrat untuk melihat dominasi baharu dibuat oleh pasukan lain selepas ianya menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa musim lalu.

Seperti diketahui, JDT tampil selaku pasukan cukup disegani sejak beberapa tahun lalu di rantau Asia, menerusi impak diberikan serta empayar yang dibina semakin besar.

Hasil kecekapan pengurusan tertinggi pasukan itu juga memastikan JDT tampil gah daripada segi prasarana sehingga kepada ciri pengambilan pemain untuk menjadikan mereka antara kelab disegani kini.

Maka tidak hairan mengapa JDT berjaya mencipta rekod positif untuk menguasai keseluruhan saingan di pentas domestik musim lalu sekali gus, menjadikan mereka selaku gergasi Liga Malaysia (Liga M).

Walaupun begitu, Azman tetap menyimpan hasrat supaya pasukan-pasukan lain turut memberi persaingan sengit kepada JDT untuk musim 2024/2025.

Menurut legenda Selangor itu, kini sudah tiba masanya buat pasukan-pasukan lain untuk bangkit serta menamatkan dominasi JDT yang telah merangkul semua kejuaraan sejak beberapa tahun lalu.

“Kita mengharapkan pasukan lain, tak semestinya Selangor FC sahaja bahkan pasukan lain cuba memberi tentangan kepada pasukan JDT.

“Kita nak tengok kekuatan JDT tahun ini, saya rasa mereka lagi bertambah baik. Jadi, harapan saya nak lihat pasukan mana yang mampu menewaskan JDT setelah mereka berjaya menjuarai tanpa ditewaskan tahun lepas,” kata Azman menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, bekas penyerang Harimau Malaya itu turut sedar Selangor masih belum cukup ampuh ketika ini untuk cuba menamatkan dominasi JDT walaupun dirinya menginginkan perkara tersebut.

Disebabkan itu, Azman memberi sepenuh kepercayaan buat Nidzam Jamil untuk kembali menjadikan The Red Giants selaku gergasi di Liga M menerusi sentuhan jurulatih muda itu.

“Terus terang saya cakap, saya memang suka dia (Mohd Nidzam) sebab dah kenal lama. Sebab setiap kali latihan, dia yang jaga saya. Itu dulu, tapi sekarang dia jurulatih. Jadi, saya mendoakan agar dia dan pasukan berjaya,” kata beliau lagi.

Musim lalu menyaksikan Selangor masih belum cukup konsisten untuk mencabar JDT, apabila rekod pertemuan jelas tidak memihak kepada The Red Giants di pentas domestik.

Beberapa rombakan dibuat Selangor musim ini dilihat mampu untuk sekurangnya menjadikan mereka memberi persaingan sengit buat JDT khususnya dalam perebutan juara Liga Super 2024/2025.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN