Adakah Azidan Sarudin Bakal Sertai Pasukan Pulau Pinang?

Azidan Sarudin bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia.

Beliau antara pemain tengah yang berkualiti yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan seperti Kuala Lumpur, Selangor dan juga Pahang ini dijangka bakal kembali beraksi dengan sebuah pasukan Liga Super.

Pasukan manakah?

Utara

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, Azidan kini dalam radar dan bakal kembali beraksi di divisyen tertinggi bola sepak Malaysia pada pertengahan tahun ini.

Ketika ini, beliau sedang beraksi bersama skuad Warga Kota iaitu Kuala Lumpur.

Azidan ketika ini dikatakan berada dalam radar sebuah pasukan yang berada di Liga Super yang berpengkalan di Utara Tanah Air.

Pasukan yang dimaksudkan adalah pasukan Pulau Pinang.

Sumber menyatakan yang beliau dijangka bakal bersatu semula dengan bekas pengendali beliau ketika di Pahang iaitu Zainal Abidin Hassan.

Gambar: Star Online

Terdahulu, Zainal Abidin Hassan dijangka membawa masuk beberapa pemain yang beliau mahukan pada jendela perpindahan pertengahan musim ini bagi menguatkan pasukan Pulau Pinang.

Hal ini kerana, beliau dalam misi untuk memastikan Pulau Pinang tidak tersingkir ke Liga Perdana selepas peluang untuk menyaksikan skuad itu ke Piala Malaysia semakin tipis.

Jadi adakah Azidan bakal ke Pulau Pinang? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga: Lagenda Maradona (Bahagian 3): Mengubah Bandar Mafia Napoli Menjadi Kuasa Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN