Mario Gomez antara penjaring gol yang membantu Jerman menang 1-4 ke atas Azerbaijan. Skuad Joachim Loew dominan di dalam perlawanan ini.
Namun, Azerbaijan ternyata memberikan aksi positif di dalam perlawanan ini cuma mereka agak tumpul di hadapan gol.
Mario Gomez kembali menjaringkan gol untuk Jerman selepas kali terakhir melakukannya pada perlawanan menentang Slovakia pada Euro 2016 yang lalu (Jun 2016).
Ini adalah rangkuman perlawanan:
https://www.youtube.com/watch?v=Uneu53T7YaA
Jerman kini di tangga teratas kumpulan C, 5 mata di atas Republik Ireland. Peluang untuk menempah tiket awal ke Russia kian cerah.
Baca juga:Rangkuman Kelayakan WC2018: England 2 Lithuania 0, Defoe Sertai Kelab 20 Gol!