Azamuddin Akil Senjata Terbaharu Pasukan Selangor Musim Depan

FAM

Akhbar tempatan hari ini melaporkan bekas pemain Pahang dan JDT, Azamuddin Akil sah akan menyarung jersi pasukan Gergasi Merah bagi menghadapi saingan liga super musim depan.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Abd Rauf mengesahkan Azamuddin atau dipanggil sebagai “Alex” telah menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan Selangor.

Menurutnya, kehadiran Alex akan menguatkan lagi jentera serangan pasukan Selangor dan membentuk gandingan mantap pemain muda dan senior bagi menghadapi cabaran yang lebih sukar dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Setakat ini, Alex merupakan pemain yang kedua diumumkan akan menyertai skuad Selangor selepas bekas pemain tengah Pahang, Joseph Kalang Tie turut mengesahkan akan menyertai pasukan itu minggu lepas.

Joseph Kalang Tie mengesahkan akan menyertai Selangor musim depan.

“Pihak pengurusan sudah memulakan misi untuk mendapatkan beberapa pemain untuk menguatkan pasukan musim depan. Justeru, apa yang saya boleh sahkan ialah Joseph dan Alex.

“Saya percaya kedua-dua pemain ini akan memberi dimensi baharu buat pasukan,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Difahamkan FAS juga telah menyambung kontrak pemain veteran musim ini, Amri Yahya, Razman Roslan, Saiful Ridzuan, Halim Zainal serta dua penjaga gol, Khairul Azhan dan Norazlan Razali.

Amri Yahya masih kekal dengan pasukan Selangor musim depan.

Selangor juga membawa masuk beberapa pemain muda daripada skuad Piala Presiden muncul juara Liga Piala Presiden iaitu Haziq Ridwan, Amirul Haziq, Rasmizal, Azizul Baharuddin, D. Kugan, M. Tamil Maran dan Syukri Azman.

Abd Rauf yang juga pengurus pasukan Selangor turut mendedahkan perbincangan untuk membawa masuk bintang muda Indonesia untuk kuota pemain import Asean iaitu Evan Dimas masih giat dijalankan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Selain Evan Dimas, media dari Indonesia, bolasport.com turut melaporkan pemain pertahanan import dari kelab Persija Jakarta, Willian Pacheco akan menyertai pasukan Selangor musim depan.

Pemain pertahanan Persija Jakarta, Willian Pacheco dikhabarkan telah meninggalkan pasukannya.

Pengarah kelab itu, Gede Widiade mengakui kecewa apabila kehilangan pemain terbaiknya.

“Pemain itu yang dilepaskan sudah berjumpa saya, dia sudah pasti keluar. Kami tidak mencapai apa-apa persetujuan untuk melanjutkan kontrak.

“Saya sangat kecewa, dia sudah pun menandatangani kontrak dengan pasukan lain. Pacheco secara rasmi tidak akan bermain dengan Persija musim depan,” katanya.

Selangor setakat ini hanya mengekalkan khidmat penyerang import mereka, Rufino Segovia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN