Quantcast
JDT Atasi Felda United Di Larkin! Azamuddin Akil Cemerlang Dengan 2 Bantuan Gol
LIGA MALAYSIA

JDT Atasi Felda United Di Larkin! Azamuddin Akil Cemerlang Dengan 2 Bantuan Gol

Friday, 27 Jan 2017

Azamuddin Akil cemerlang ketika membantu JDT melayan kunjungan Felda United di Larkin. Ini adalah pertemuan di antara juara dan naib juara musim lalu.

Laporan

JDT hampir di hadapan menerusi Fadhli Shas pada minit ke-2. Rutin yang mirip gol pertama JDT.

JDT kemudiannya agak gugup dalam perlawanan ini. Mereka diancam lebih banyak oleh Felda. Norshahrul hampir membuka tirai jaringan pada seawal minit ke-12.

Felda menggandakan ancaman dan JDT agak kelam kabut di dalam kawasan sendiri. JDT akhirnya dihukum oleh Norshahrul pada minit ke-23 yang menyambut bola gunting Cellerino pada jarak dekat.

Namun ia tidak bertahan lama apabila JDT membalas menerusi tandukan bebas Fadhli Shas minit ke-26. Ia berpunca daripada sepakan penjuru berkualiti Safiq Rahim.

Cabrera  hampir meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-30, namun cubaan beliau terkena palang. Selepas itu, giliran Azrif Nasrulhaq pula yang hampir meletakkan JDT di hadapan sebelum rehat, hasil hantaran cantik Azamuddin Akil.

Kedua-dua pasukan mengakhiri babak pertama dengan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua

Bermula separuh masa kedua, JDT menekan Felda United lebih awal. Mereka cuba mencari gol menerusi hantaran lintang.

Pada minit ke-52 Felda hampir di hadapan sekali lagi namun cubaan Cellerino gagal menerjah gawang.

Minti ke-56, Azamuddin menghantar bola lintang cantik namun gagal disudahkan Baralles menerusi tandukan lemah.

Felda United bermain dengan 10 orang pada minit ke-58, selepas Hasni Zaidi dilayangkan kad kuning ke-2. 

Felda United dihukum oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke-62 selepas bantuan gol cantik daripada Azamuddin Akil.

Brian Fereirra menambah luka Felda United pada minit ke-64 selepas serangan balas JDT. Ianya hasil hantaran Azamuddin Akil. Namun penjaga gol Felda United seharusnya lebih baik dalam situasi tersebut.

Asas untuk penjaga gol, jika anda keluar dari kawasan anda pastikan anda menang bola. Jika tidak ia akan berisiko.

Pada minit ke-66 Zah Rahan melakukan cip yang melepasi Farizal Marlias, namun Fazly Mazlan mengeluarkan bola dengan sangat baik.

Minit ke-82, Safawi Rasid gagal menyempurnakan situasi 1 lawan 1. Babak akhir perlawanan, aksi agak lesu daripada kedua-dua pasukan. JDT menamatkan 90 minit dengan kemenangan 3-1.

Ia adalah kemenangan penting untuk JDT dan Benjamin Mora.

Baca juga: Ghaddar Datang Lagi! Jaring 2 Gol, Bantu Kelantan Menang 3-1 Lawan PKNS

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi



Berita Bola Yang Menarik