“Azam Dah Buat Yang Terbaik”- Faisal Halim Nasihat Pemain Muda Belajar Daripada Pengalaman

Kapten Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim mengambil pendekatan positif daripada kekalahan mereka di tangan Vietnam dengan menyatakan rasa bangga akan kesungguhan rakan sepasukan di Stadium My Dinh.

Menurut Faisal, perasaan bangga hadir dalam diri selepas melihat sendiri segala kesungguhan yang dipamerkan oleh para pemain untuk mencipta sesuatu buat negara.

“Walaupun kita tahu skuad kali ini bukannya semua orang pandang, tetapi dengan apa yang ada sekarang pun kita masih mampu memberi saingan yang sengit.

“Cuma itulah bola sepak, akan ada kesilapan yang berlaku dan kita dah ada kelebihan untuk bermain 11 menentang 10 pemain serta kita tak boleh cakap tentang pengadil.

“Itu kerja dia, dan kami menjalankan tugas selaku pemain di atas padang, serta para pemain muda perlu belajar perkara sebegini,” jelas Faisal kepada Semuanya BOLA.

Tambah beliau, kesilapan-kesilapan yang dibuat ini jelas akan menghukum keseluruhan pasukan, namun sebagai kapten Faisal enggan menyalahkan para pemain lain untuk kesalahan mereka.

“Azam dah buat kerja yang terbaik, tetapi itulah satu kesilapan akan memberi pengalaman yang besar buat dirinya dan dia perlu belajar.

“Ya, kita kecewa. Sebab kita datang sini untuk menang dan raih tiga mata penuh serta kami sudah pun buat persiapan sebaiknya untuk catat kemenangan,” ulas Faisal lagi.

Pada masa sama, Faisal akui pada perlawanan tersebut sebenarnya Malaysia mempunyai banyak peluang dan mengasak pasukan lawan.

Cuma, pemain bertubuh kecil ini sedikit terkilan selepas nasib tidak begitu menyebelahi mereka dan lawan bijak menyudahkan setiap peluang terhidang.

Disebabkan itu, sedikit sebanyak Faisal menjelaskan motivasi mereka sedikit menurun dan ditambah dengan kesilapan dibuat menyaksikan skuad kebangsaan terus dihukum.

“Kita perlu terus beri semangat untuk pemain muda dan mereka perlu terus belajar untuk 2-3 tahun lagi dan bayangkan sekarang mereka sudah pun berada di sini untuk negara,” tambah penyerang baharu Selangor itu.

Pemain berusia 24 tahun itu juga mengatakan beliau tidak kisah untuk tidak menjaringkan gol kerana faktor utama beliau adalah untuk membantu Malaysia mencatat kemenangan.

Untuk aksi seterusnya berdepan Singapura, Faisal melaungkan semangat untuk berjuang habis-habisan dan menggunakan tempoh berehat ini untuk mengembalikan moral kepada tahap lebih baik.

Anak jati Pulau Pinang itu juga mahu menceriakan kembali Kim Pan-gon dan beliau bersama rakan sepasukan lain mengakui mereka sangat menghormati kredibiliti pengendali tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN