Azam Azmi Tak Kisah Beraksi Untuk Skuad Senior Atau B-23 Negara

Pertahanan kental Terengganu, Azam Azmi Murad menjelaskan beliau tidak kisah untuk diletakkan bersama skuad senior atau pasukan bawah 23 (B-23) kebangsaan untuk aksi akan datang.

Terdahulu, nama Azam telah pun disenaraikan bersama skuad senior negara bersama seorang lagi rakannya di Terengganu iaitu Safwan Mazlan untuk menjalani kem latihan pusat yang telah pun ditetapkan.

Malaysia kini dalam persiapan untuk mengharungi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bagi peringkat Kumpulan D dengan aksi seterusnya membabitkan Harimau Malaya menentang Oman.

Menerusi 33 nama dipanggil Kim Pan-gon, Azam antara pemain muda terpilih untuk menyertai kem latihan pusat skuad senior yang sudah pun berlangsung sejak beberapa hari lalu.

Malah, nama Azam turut disenaraikan untuk skuad B-23 kebangsaan yang akan memulakan sesi latihan rasmi mereka tidak lama lagi sebagai persiapan mengharungi Piala Asia B-23 di Qatar beberapa bulan sahaja lagi.

Diletakkan dalam dua senarai nama pasukan kebangsaan, Azam ketika ini jelas memfokuskan diri untuk memberikan segalanya terbaik dalam sesi latihan terutama sekali bagi memikat hati kejurulatihan skuad senior bagi berdepan Oman.

“Fokus saya ketika ini mestilah bersama skuad senior kerana skuad senior akan beraksi dahulu berbanding skuad B-23.

“Saya pun memang masuk terus kekal berada dalam skuad senior untuk membantu pasukan layak ke pusingan seterusnya.

“Tetapi semuanya terpulang kepada barisan kejurulatihan. Kalau mereka mahu saya bersama skuad senior, saya akan bersama skuad senior dan kalau mereka suruh saya menyertai skuad B-23, saya akan pergi ke sana.

“Ke mana mana pun (skuad senior atau skuad B-23), saya akan tetap lakukan yang terbaik. Pengalaman menjalani latihan bersama skuad senior sememangnya banyak membantu saya untuk skuad B-23 nanti dan ini satu perkara yang positif buat saya,” kata Azam menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada masa sama, bintang Terengganu yang kini menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga mengakui ianya tidak mudah menghadapi sesi latihan bersama skuad senior negara.

Walaupun begitu, Azam enggan menjadikannya sebagai suatu alasan walaupun berlatih pada bulan Ramadan demi mempamerkan prestasi terbaik buat kejurulatihan Harimau Malaya.

“Satu cabaran kerana saya tidak menjalani latihan selama berbulan dan kemudian saya kembali menjalani latihan bersama TFC. Kini saya berada bersama skuad senior dan intensiti latihan itu agak tinggi.

“Saya tidak boleh maklumkan bagaimana tahap saya ketika ini kerana saya baru sahaja selesai proses pemulihan sebelum menjalani latihan dengan TFC. Tetapi saya kena tingkatkan ‘match fitness’ dan berharap dapat beraksi lawan Nepal nanti,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN