Musim ini menyaksikan Liga Malaysia (Liga-M) tampil dengan beberapa nama bintang muda yang sangat menyerlah bersama pasukan masing-masing dan berjaya menonjolkan diri untuk bersaing bersama para pemain senior.
Antara yang mencuri tumpuan ialah pemain muda yang berpotensi tinggi dari Terengganu iaitu Azam Azmi Murad, selepas aksinya bersama kelab jelas sangat menonjol.
Calon tiga terbaik kategori Pemain Muda Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022:
Arif Aiman Hanapi 🟦🟥
Azam Azmi Murad ⬜️⬛️
Mukhairi Ajmal Mahadi 🟥🟨ABK22 akan berlangsung pada Khamis, 15 Disember 2022, jam 9 malam.#ABK22
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 12, 2022
Pada usia 21 tahun, Azam sudah pun berjaya mengukuhkan nama beliau selaku pemain dalam senarai kesebelasan utama kelab selain berjaya mencuri tumpuan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.
Pemain tersebut juga mengakui tidak menjangka namanya telah tersenarai sebagai antara tiga pemain muda terbaik musim ini untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2022.
Selaku pemain yang masih baru menonjol, beliau menganggap itu sudah suatu kejayaan buat dirinya untuk berada bersama dua lagi bintang harapan yang sudah dikenali ramai iaitu Arif Aiman Hanapi serta Mukhairi Ajmal.
Malah, Azam juga tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk meraih anugerah tersebut selepas beliau sudah berpuas hati untuk berada dalam senarai tiga terbaik itu.
Jelas Azam, ianya dianggap sebagai suatu pengiktirafan untuk para pemain pertahanan selepas nama beliau tercalon, kerana posisi tersebut jelas kurang popular untuk meraih sebarang kejayaan.
“Selepas apa yang saya pamerkan sepanjang musim ini bersama Terengganu, saya rasa sangat berpuas hati kerana semakin mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan memang tidak menjangka boleh tercalon di ABK22.
“Terima kasih kepada jurulatih (Nafuzi Zain) dan pasukan Terengganu yang sentiasa mempercayai saya, musim 2022 antara detik paling manis dalam karier.
“Berada dalam kelompok tiga terbaik sudah menjadi satu kepuasan tersendiri kerana bukan mudah sebenarnya bersaing dengan ramai lagi pemain hebat di luar sana.
“Bersaing dengan Arif dan Mukhairi, bagi saya sememangnya pasti sengit untuk menang memandangkan mereka berdua antara pemain yang hebat.
“Namun, pencalonan itu sekurang-kurangnya memberikan penghormatan kepada pemain pertahanan kerana perhatian sering kali diberikan kepada pemain di bahagian serangan,” katanya menerusi MFL.
35' GOL | Giliran pemain pertahanan, Azam Azmi Murad mencatat nama sebagai penjaring!@FCTerengganu 3-0 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/DXLsYhBA5c
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Baru-baru ini, Azam sekali lagi mencuri tumpuan selepas aksinya bersama skuad kebangsaan jelas sangat menyakinkan ketika mereka menentang Kemboja dalam perlawanan persahabatan.
Kelebihan Azam yang bijak mengimbangi pertahanan dan serangan pasukan dilihat sebagai aset penting Nafuzi musim ini bersama Terengganu.
"KOMITMEN DAN FOKUS SAYA SEMEMANGNYA BERSAMA TERENGGANU FC"
Baca selanjutnya :https://t.co/viJzsrwL0a pic.twitter.com/AdaIsFlBKF
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 7, 2022
Lebih penting, beliau mempunyai masa depan yang cerah untuk terus mengukuhkan nama sebagai salah seorang pertahanan masa depan negara.