Sebut sahaja nama Nor Azam Azih, pastinya para penyokong Harimau Malaya mengenali pemain ini yang boleh dianggap sebagai antara tonggak tengah terbaik dimiliki negara kini.
Namun, prestasi beliau bersama Harimau Malaya tidak seiring dengan aksinya bersama Sri Pahang, apabila Azam dilihat agak sukar untuk mengekalkan konsistensi dalam saingan Liga Super bersama kelab tersebut.
56' | Percubaan Nor Azam Azih dari luar kotak penalti sekadar singgah di palang gol!@OfficialPahang 1-1 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/Gq2GaVRF99
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 11, 2022
Pelbagai persoalan terlakar di fikiran para penyokong termasuk beberapa spekulasi timbul di media sosial mengenai prestasi merudum dipamerkan Azam bersama pasukan.
Sebab sebenar prestasi pemain tersebut dilihat agak tidak menentu ketika ini adalah Azam mengakui dirinya sedang dihimpit dengan masalah kecederaan.
Azam menjelaskan kecederaan dialami sejak musim 2017 lalu masih lagi menghantui beliau sehingga kini sehingga menyebabkan prestasi pemain tengah tersebut tidak begitu konsisten kebelakangan ini.
Menurut Azam, ketika ini apa dilakukan oleh beliau adalah untuk kembali membuktikan kemampuannya dengan menjadikan saingan King’s Cup ini sebagai medan terbaik.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di KLIA2, Sepang sebelum berlepas ke Chiang Mai, Thailand, petang ini bagi menghadapi 48th King's Cup 2022.
▶️ Lagi gambar di https://t.co/OcCWrXH3l0#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/fthzrDfSv4
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 19, 2022
Tambahan lagi, pemain kelahiran Maran, Pahang itu menegaskan beliau tidak bermasalah untuk sedia menjadi pilihan utama Kim Pan-gon untuk menentang Thailand dalam aksi pertama saingan tersebut.
“Permainan saya dah tak sama macam dulu disebabkan sakit di bahagian ‘meniscus’, itu yang mengganggu prestasi saya dalam liga kerana tak boleh betul-betul paksa.
“Saya seorang pemain yang gemar lakukan pintasan tetapi sakit yang saya alami ini membuatkan saya sukar untuk buat demikian, jadi keyakinan saya agak kurang.
“Jika mahu meningkatkan tahap keyakinan diri, saya cuba makan pil tahan sakit dan itu cara untuk atasi kesakitan namun tidak boleh kerap ambil kerana memberi kesan kepada diri,”katanya menerusi Arena Metro.
Pada masa sama, Azam turut mengulas mengenai isu ketiadaan tonggak Harimau Malaya iaitu Syamer Kutty Abba tidak akan menjejaskan pasukan kebangsaan.
Sebaliknya pemain tersebut yakin para pemain lain yang dipilih masih lagi mampu untuk menggalas tugas tersebut dengan baik seperti Brendan Gan dan Nazmi Faiz Mansor.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon menjalani sesi latihan terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi sebelum berlepas ke Chiang Mai, Thailand, petang ini bagi menghadapi 48th King's Cup 2022 bermula 22 hingga 25 September ini.#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/UA8pMdPKsG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 19, 2022
“Saya lihat kelebihan pada bertahan ada pada Brendan dan gandingan kami ada nampak sedikit keserasian dalam dua hari sesi latihan ini dan akan terus tingkatkan prestasi.
“Bagi saya tiada masalah untuk bermain dengan sesiapa dan saya pun dah biasa main bersama Gan dan Nazmi sebelum ini,” katanya.