Azam Azih Calon Tunggal Pemain Tempatan Bagi Rebut Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my

Pemain tengah Pahang, Muhamad Nor Azam Azih menjadi pemain tempatan tunggal di samping empat pemain import yang berjaya menarik minat panel pemilihan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my bagi saingan Liga Super untuk bulan April 2018.

Perancang serangan berusia 23 tahun ini memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan serangan pasukan sekaligus membantu Pahang mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri pada bulan lalu.

Salah seorang daripada empat pemain import yang mencabar Azam bagi merebut anugerah ini adalah rakan sepasukannya di Pahang, Patrick Dos Santos Cruz.

Penyerang berusia 23 tahun kelahiran Brazil ini menjaringkan satu gol menarik pada perlawanan bertemu Melaka di Stadium Darul Makmur.

Bermula dengan hantaran jauh Azam yang mencari Safuwan Baharudin, pemain import dari Singapura itu melakukan tandukan yang seterusnya disempurnakan melalui satu sepakan gunting oleh Patrick Cruz untuk gol pertama Pahang bertemu Melaka.

Dalam pada itu, Patrick Cruz juga telah membuat empat peluang gol buat rakan sepasukannya dalam dua perlawanan yang dilalui.

Pemain import Perak dari Brazil, Wander Luiz Bitencourt Junior juga semakin menunjukkan belangnya apabila beliau mencipta dua jaringan dan satu bantuan gol skuad ‘Yob’.

Wander yang semakin disayangi penyokong Perak telah menjaringkan satu gol pada perlawanan bertemu Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) manakala mencetak satu jaringan dan satu bantuan gol (assist) pada pertemuan menentang Kuala Lumpur di Stadium Perak, Ipoh.

Seorang lagi pemain dari Brazil, Sandro Da Silva Mendonca yang beraksi untuk pasukan Kedah turut cemerlang pada bulan April.

Sandro menjaringkan dua gol pada perlawanan bertemu Selangor yang menyaksikan Kedah menang 4-0 di Alor Setar.

Pemain import berusia 34 tahun ini turut mencipta satu bantuan gol ketika bertemu Selangor dan menghasilkan satu lagi bantuan ketika terikat 1-1 dengan Terengganu.

Calon terakhir adalah pemain Johor Darul Ta’zim iaitu Gonzalo Cabrera.

Sama seperti Wander Luiz dan Sandro Da Silva, Cabrea turut berjaya menghasilkan dua jaringan dalam dua perlawanan pada bulan April lalu.

Dua jaringan terebut menjelma pada pertemuan menentang Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC).

Dalam pada itu Cabrera turut membantu dalam mencipta satu bantuan gol yang dihasilkan oleh Safawi Rasid.

Mari mengundi

Jangan lepaskan peluang dan berlengah lagi untuk mengundi pemain pilihan anda. Bagaimana untuk melakukan undian? Mudah sahaja dengan hanya klik disini. Selamat mengundi!

Kredit Foto: Asiana.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN