Setiap peminat sukan khususnya bola sepak, pastinya nafsu keghairahan bagi pemain mahupun peminat tidak dapat disangkal lagi, dan kecintaannya kepada sukan ini sangat syahdu dan ironi itu diekspresikan dalam bentuk yang berbeza-beza.
Bagi pelukis Farid Raihan Ahmad, sebagai salah seorang peminat fanatik bola sepak Malaysia, karya beliau memaparkan visual mekanisme kawalan jiwa yang tinggi, berhubung kait rapat tentang nilai-nilai resepi sentimental emosional, perjuangan, dan rintangan sebagai seorang peminat fanatik bola sepak tanah air amnya.
Karya mural self-portrait yang ditempatkan di dalam dinding sebuah ruang pameran, mengambarkan figura diri beliau selaku pemain berprofil tinggi bola sepak Malaysia yang hebat dan berjaya, visual pelukis yang mengasyikkan; gah berlari sambal iringan semangat sentuhan kegembiraan sambil memegang trofi Piala Dunia, iaitu piala yang paling berpestij dalam arena dunia bola sepak.
Pemakaian jersi kebangsaan yang serba lengkap sudah cukup menunjukan diri beliau penyokong tegar Harimau Malaya sampai mati.
Beliau begitu optimistik, pasukan Harimau Malaya mampu bangkit dan memberi saingan di peringkat antarabangsa yang lebih tinggi, setaraf dengan negara-negara luar seperti Brazil, Argentina, Sepanyol, Jerman, England dan lain-lain – Pastinya impian dan angan-angan itu mesti direalisasikan!
Jika dilihat dari penampilan visual mural itu, terdapat gambaran kejadian dihujani anak-anak panah menusuk beberapa bahagian tubuh pemain yang sedang berlari tersebut berperanan penting sebagai drama intipati beliau terhadap liku dan cabaran getir yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya.
Ujian yang dihadapi yang beliau andaikan untuk pasukan utama negara untuk mencapai impian tersebut semestinya getir dan sebuah misi mustahil bagi melayakkan Harimau Malaya berada di persada peringkat pencapaian yang lebih tinggi.
Bayangkanlah, skuad bola sepak negara Asia yang lain seperti China, Korea Selatan dan Jepun mengambil tempoh masa yang lama bagi membentuk skuad yang kini mampu bersaing diperingkat tertinggi bersama negara luar yang hebat.
Amat wajar, skuad Harimau Malaya perlu mencontohi negara-negara luar yang lain. Harimau Malaya perlulah mengambil insentif membuat penyelidikan yang lebih rapi dan berkualiti, momentum latihan yang konsisten dan penyediaan kemudahan mahupun fasiliti asas yang canggih, bagi membentuk satu pasukan yang kuat dan digeruni oleh pihak lawan.
Jika dilihat ranking terkini Harimau Malaya ditangga 146 dunia, sudah begitu jauh ketinggalan bersama negara-negara luar Eropah mahupun di Asia Tenggara sendiri seperti Vietnam dan Filipina yang berada di kedudukan yang lebih baik.
Gambar di atas ini pula adalah karya kedua Farid. Karya beliau ini memperlihatkan kebijaksanaan mengatureka sebuah rak baju seorang penyokong bola sepak yang diolah dalam sebuah karya instalasi yang terdiri dari simbiosis helaian baju jersi kebangsaan dan kemeja-t yang dicetak tertera angka 10-0 mempunyai nilai eksklusif.
Ia merupakan terjemahan tersendiri dan dua keping picisan lukisan kecil karya beliau memberi impak gambaran implisit atau ruang komentar tentang perasaan beliau, bak pepatah air diminum terasa diri, nasi dimakan terasa sekam berikutan kekalahan besar 10-0 yang sungguh mengaibkan skuad bola sepak Malaysia kepada Emeriah Arab Bersatu (UAE) aksi kelayakan Piala Dunia pada tahun 2015 yang lalu.
Jurulatih ketika itu, Dollah Salleh telah meletak jawatan sejurus kekalahan tersebut dan digantikan dengan Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara.
Nostalgia mimpi ngeri ini, amat sukar untuk dilupakan oleh beliau mahupun penyokong sama sekali. Skuad Harimau Melaya perlu mengambi tindakan atau penyelesaian dijadikan segera ‘malapetaka’ ini sebagai peringatan akhir dan iktibar untuk cabaran akan datang.
Gambaran lukisan kecil juga menggambarkan kekecewaan para peminat Harimau Malaya dan dikontrakan dengan visual pemain UAE yang meraikan gol.
Ia jelas meletakkan dua kombinasi situasi yang berbeza. Skuad Harimau Malaya tidak menunjukkan prestasi permainan yang sebenar dan longlai di atas padang ketika bertemu UAE.
Kemenangan, kekalahan dan seri adalah perkara yang bakal kita terima selaku pemain ke-12 di dirian stadium.
Namun atas beberapa faktor, kekalahan 10-0 itu sangat terkesan dan terbuku di hati beliau. Beliau juga meletakkan harapan dan cita-cita supaya satu hari nanti pasukan Malaysia akan beraksi di Piala Dunia dan seterusnya memenanginya.
Pelukis mendukung cita-cita dan hasrat yang tinggi, sebagai peminat tegar harimau Malaya ingin melihat skuad Malaysia bangkit dan terus maju serta berdaya saing dan mampu menyaingi pasukan handalan lain.
Demikian tanpa peminat tegar Harimau Malaya, beliau percaya semangat spiritual akan hilang serinya bagi ekosistem bola sepak Malaysia.
Tuntas, pelukis berharap semangat patriotisma tinggi terhadap cinta dunia bola sepak negara perlu disemai daripada awal dan dirancang baik demi menyediakan sebuah pasukan pelapis generasi akan datang.
Jika tidak mampu menyarung jersi keramat Harimau Malaya beraksi di atas padang, atau pun menjadi komrad Ultras Malaya, cukuplah sekadar menjadi penyokong biasa yang juga sebagai pemain ke-12 perlu sentiasa datang ke stadium untuk memberi semangat yang padu kepada pasukan kesayangan kita.
Semangat kenegaraan dan cita-cita tinggi perlu ada agar ia dijadikan sebagai gelombang perhubungan antara peminat dan pemain justeru menjadi pemangkin kepada kemajuan tamadun dunia bola sepak amnya.
Untuk rekod, pameran berkumpulan berjudul 50/50 yang menyertakan dua karya yang bertemakan bola sepak ini telah pun melabuhkan tirainya kepada umum pada 21 Oktober 2022 yang lalu.
Pameran ini dipamerkan di sebuah galeri terletak dekat dengan Publika yang bernama Segaris Art Center.
Nota editor: Artikel ini adalah kiriman daripada Hafiz Ismail yang merupakan peminat tegar Harimau Malaya dan antarabangsa. Jika anda ingin hantarkan artikel kepada kami, kirimkan penulisan dengan minima 300 patah perkataan dalam format MS Word ke [email protected] .