“Ayuh Lakukan Demi Coach Tan” – Harimau Malaya Sedia Gempur Vietnam

Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
00:58
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Suasana di dalam kem skuad Harimau Malaya seperti berubah jika perkembangan terbaru diambil kira. Ia berikutam ayah kepada Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe iaitu Tan Chooi Siak meninggal dunia pada hari ini.

Perkara itu disahkan melalui satu mesej takziah yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari ini. Mendiang Tan Chooi Siak meninggal dunia pada usia 95 tahun akibat sakit tua.

Itu dugaan yang dihadapi Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe apabila kehilangan bapanya beberapa jam sebelum membawa Malaysia berdepan tugas getir menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai awal pagi esok (12.45 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Pemain pertahanan negara, Junior Edstal menjadi antara pemain negara terawal menyeru rakan sepasukan yang beraksi dalam perlawanan menentang Vietnam pada malam ini untuk memburu kemenangan sebagai tanda solidariti kepada Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Melalui satu ciapan di akaun Twitter peribadinya, Junior Edstal yang beraksi bersama  Chonburi FC di Liga Thai pada musim ini berkata: “Selamat maju jaya kepada rakan sepasukan pada malam ini. Malam ini ia perlawanan sedikit istimewa. Ayuh lakukan [buru kemenangan] untuk jurulatih kita dengan seluruh [sokongan] rakyat Malaysia.”

Junior Edstal adalah satu-satunya pemain dari kalangan skuad sedia ada di Dubai yang tidak boleh beraksi menentang Vietnam disebabkan kecederaan buku lali yang dialaminya ketika perlawanan menentang UAE.

Tan Cheng Hoe sebelum ini turut mengesahkan lain-lain pemain cergas sepenuhnya untuk menghadapi skuad Naga Emas – perlawanan yang akan menentukan hala tuju perjalanan skuad negara di kempen kelayakan selepas ini.

Dion Cools beri mesej kebersamaan.

Beberapa pemain lain turut memuatnaik mesej di IG Story masing-masing tanda solidariti kepada Tan Cheng Hoe yang kehilangan ayahnya saat menabur bakti bersama negara.

Antaranya ialah pemain pertahanan FC Midtjylands yang dijangka akan melakukan penampilan keduanya bersama pasukan negara dalam perlawanan menentang Vietnam.

Begitu juga perkongsian daripada pemain naturalisasi kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi yang memberi indikasi barisan pemain akan berjuang habis-habisan demi Tan Cheng Hoe dan negara dalam perlawanan pada malam ini.

Selepas aksi menentang Vietnam, pasukan negara akan berhadapan Thailand pada 16 Jun hadapan untuk menutup kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN