Ayron & Bergson Bakal Bersaing Rebut Gelaran POTM Liga Super Bulan Mei

Liga Super

Dua penyerang berbisa Liga Super iaitu Ayron Del Valle (Selangor) dan Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim) dijangka bakal bersaing hebat untuk merebut gelaran Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super bagi bulan Mei.

Anugerah yang merupakan anjuran PFA Malaysia ini akan menyaksikan lima lagi nama dicalonkan untuk merebut gelaran bulan Mei. Adakah kali ini dominasi JDT akan berakhir?

Mana tidaknya, sebelum ini dua gelaran sudah pun diberikan kepada bintang-bintang JDT dengan Arif Aiman memperolehnya bagi Februari dan Mac manakala Leandro Velazquez meneruskan rentak itu pada bulan April.

Untuk Mei pula menyaksikan hanya pertembungan tiga pemain import dan dua pemain tempatan bagi merebut gelaran ini.

Dengan Ayron dan Bergson mendahului senarai sebagai calon POTM bagi bulan Mei, seorang lagi pemain import yang tersenarai adalah Sonny Norde yang merupakan penyerang Terengganu.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Norde sememangnya menunjukkan persembahan cemerlang bersama Terengganu kebelakangan ini dilihat layak untuk tersenarai bersama-sama Ayron dan Bergson sudah berada di tahap yang memukau.

Dua pemain tempatan yang tersenarai untuk cuba memperoleh gelaran ini adalah penyerang Sabah iaitu Darren Lok (Sabah) serta pemain Kuala Lumpur City iaitu T. Saravanan.

Tumpuan nyata terarah kepada Saravanan yang mencuri perhatian ramai menerusi persembahan baiknya sehingga berjaya memasuki ke senarai menunggu skuad kebangsaan baru-baru ini.

Berikan undian anda untuk kelima-lima pemain ini dengan mengundi dekat laman rasmi PFA Malaysia dengan klik di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN