Semua pemain mengimpikan untuk menjulang Liga Juara-Juara Eropah. Begitu juga dengan Edinson Cavani. Sebab itulah beliau menyertai PSG. Kerana yakin PSG akan menunaikan hasratnya itu.
PSG merupakan kelab yang berbelanja besar dalam membeli pemain termasuk mendapatkan pemain termahal dalam sejarah dunia iaitu Neymar.
Selain itu, PSG juga memiliki squad depth yang sangat baik dengan dereta bintang di setiap posisi mereka.
Maka tak hairanlah, Cavani menyatakan, salah satu sebab beliau menyertai PSG adalah kerana mahu menjuarai UCL.
Ayah Cavani berkongsi cerita, betapa mengidamnya anaknya itu mahukan UCL. Sehinggakan menulis matlamatnya itu pada meja barbecue beliau bahawa sasarannya adalah UCL.
Ayahnya berkata dalam satu temu ramah dengan sebuah rancangan di tv Uruguay: “Dia menulis PSG akan menjadi juara UCL 2019. Dan saya menulis di bawahnya jajajajaja [hahahaha].”
Cavani y el mensaje de su padre: "Vas a ganar todas las copas que hay en Francia, pero nunca una Champions. El fútbol no se gana con plata solamente". pic.twitter.com/WTUwjxZCmt
— Fútbol en Movistar Plus+ (@MovistarFutbol) November 26, 2019
“Cavani sentiasa anggap saya seorang yang negatif. Saya memberitahu beliau, dia boleh menang semua piala di Perancis, namun tidak sesekali Liga Juara Juara Eropah.”
“Ini kerana, dalam bola sepak, kamu tidak akan menang [piala seperti UCL] hanya dengan duit yang banyak.”
Cavani menyertai PSG pada 2013 dan beliau sudah membantu pasukan itu menang 5 Ligue 1 serta 4 Piala Perancis. Selain itu Cavani turut bersama PSG menjuarai 7 Super Cup.
Walaupun telah disuntik dengan dana yang sangat besar. PSG masih belum berjaya menjulang UCL yang merupakan sasaran utama dalam projek revolusi mereka.