Juara Selangor Champions League 2017 Axis-O2 FC Layak Ke Saingan Piala FA 2018

Kini, bermulalah era baharu dalam bola sepak sosial di Malaysia.

Sebentar tadi, pihak Football Malaysia LLP (FMLLP) telah mengesahkan yang juara kejohanan Selangor Champions League (SCL) iaitu Axis-O2 FC akan diberikan slot untuk bertanding dalam saingan Piala FA 2018.

Untuk rekod, penyertaan Axis-O2 FC ini merupakan penyertaan buat pertama kalinya oleh wakil dari pasukan bola sepak sosial.

Menurut FMLLP, keputusan memberikan slot penyertaan kepada Axis-O2 FC merupakan salah satu langkah badan penganjur Liga Malaysia itu untuk merealisasikan cita-cita Presiden FAM.

Cita-cita yang mahu dilihat oleh Presiden FAM itu adalah untuk menyaksikan bola sepak Malaysia menjadi sebuah permainan yang lebih terbuka kepada semua pihak dalam segala aspek.

“Langkah memberikan slot kepada pasukan komuniti bertujuan untuk merealisasikan aspirasi Presiden FAM yang juga Pengerusi FMLLP untuk menyaksikan bola sepak Malaysia dengan lebih inklusif dari segala aspek.”

Axis-O2 FC layak selepas berjaya menjulang kejuaraan SCL edisi 2017 selepas menewaskan PIB FC di perlawanan akhir semalam di Stadium Shah Alam.

Mereka menewaskan PIB FC menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 pada masa sebenar permainan.

Untuk pengetahuan anda, Axis-O2 FC merupakan pasukan bola sepak sosial yang berpengkalan di Petaling Jaya, Selangor.

Tahniah buat Axis-O2 FC kerana layak ke saingan Piala FA 2018, semoga berjaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN