Axel Tuanzebe: Kami Mahu Jadi Seperti ‘Class of 92’

Tuanzebe

Pertahanan muda Manchester United, Axel Tuanzebe menegaskan bahawa generasi baharu pemain muda di kelab tersebut mahu mengulangi pencapaian barisan pemain ‘Class of 92’ yang mendominasi saingan Liga Perdana Inggeris ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Keyakinan itu ada asasnya selepas pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilihat gemar untuk menggunakan khidmat pemain muda seperti Andreas Pereira, Scott McTominay, Brandon Williams, Mason Greenwood dan ramai lagi.

Menyingkap kembali ketika Liga Perdana Inggeris mula diperkenalkan kira-kira 28 tahun yang lalu, Sir Alex Ferguson telah mempraktikkan kaedah sama apabila memberikan peluang buat pemain-pemain akademi seperti David Beckham, Ryan Giggs, Gary Neville dan Paul Scholes untuk membuktikan sesuatu kepadanya.

Embed from Getty Images

Hasil yang dituai juga tidak kurang hebatnya apabila Manchester United muncul antara pasukan digeruni di England dan turut pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

Pencapaian hebat barisan pemain ‘Class of 92’ itu yang mahu diulangi semula oleh pemain generasi muda dengan asas baharu ini.

”Ianya seperti ‘Class of 92’, sesuatu yang perlu untuk kami tiru,” ujar Tuanzebe dalam laman sesawang rasmi Manchester United.

Embed from Getty Images

”Golongan pemain muda yang dimiliki ketika ini, yang paling tua adalah Andreas [Pereira] dan Scott [McTominay]. Manakala yang muda pula adalah Angel [Gomes], Jimmy [James Garner], Brandon [Williams] dan Mase [Mason Greenwood], sekumpulan pemain ini boleh membina asas baharu buat kelab.”

”Kami telah disematkan dengan identiti kelab. Kami membantu dalam menggambarkan identiti tersebut kepada pemain luar dan mengajar mereka cara kelab ini dan untuk menjadi orang dan pemain yang lebih baik.”

”Ia sesuatu yang telah menjadi identiti kelab bagi bertahun-tahun dan saya pasti akan ada lebih ramai pemain yang akan datang,” ujar Tuanzebe lagi.

Kredit foto: John Peters/Manchester United via Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN