AXA KVL M5: Rose FC Buka Langkah Kanan Tewaskan Tatmark FC 4-1

Tirai AXA Klang Valley League M5 dibuka dengan kenduri gol oleh Rose FC selepas berjaya menumpaskan Tatmark FC 4-1 dalam aksi sulung Kumpulan A di Stadium MPAJ malam semalam.

Jurang kualiti antara Rose dengan Tatmark jelas kelihatan sejak 5 minit pertama perlawanan lagi apabila Rose kerap kali menguasai bola dan melancarkan serangan demi serangan. Manakala Tatmark pula lebih selesa bertahan menyerap asakan Rose.

Rose tidak mengambil masa yang lama untuk membuka akaun jaringan. Berpunca daripada hantaran cutback, Danial Suhaimi yang pada mulanya kelihatan tersilap mengawal sentuhan pertamanya menebus kesilapan tersebut dengan kawalan bola yang cemerlang – sebelum menjaringkan gol pada minit 6’ di sebalik tekanan yang diberikan oleh pertahanan Tatmark.

Gol pertama Rose ini mendedahkan 2 kelemahan ketara pertahanan Tatmark iaitu kualiti teknikal pemain yang rendah dan lambat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Rose menggunakan kesempatan ini untuk menambah lagi 2 gol pantas pada minit 20′ dan 2’2 menerusi jaringan Don Faris Afiq dan Kamal Husain.

Pemain tengah Rose FC, Don Faris Afiq menjaringkan gol kedua pasukannya untuk menang 4-1 menentang Tatmark FC.

5 minit kemudian, Rose mempunyai peluang untuk menambah gol ke-4 apabila satu siri serangan mereka menghasilkan dua percubaan yang terkena tiang dan palang gol secara berturut-turut. Tatmark pastinya lega apabila Rose gagal memanfaatkan 2 peluang keemasan ini.

Pemain tengah Rose FC, Amirul Ashman (kanan) cuba menghalang kemaraan pemain Tatmark, Noor Hakem dalam perlawanan pembukaan kumpulan A saingan AXA KVL M5

Jurang kualiti Tatmark yang jelas jauh ketinggalan berbanding Rose terbukti apabila mereka hanya merekodkan 1 percubaan tepat di minit-minit terakhir separuh masa pertama. Itupun percubaan tersebut amat lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol Rose, Asymawi Ramli.

Pada separuh masa kedua, Tatmark sekali lagi mensia-siakan peluang cantik. Pada minit ke-38, Ashraff Wan Suhaimi yang berhadapan dengan Asymawi Ramli dalam situasi 1v1. Ketika majoriti penyerang kompeten akan memilih untuk membuat percubaan, Ashraff memilih untuk melorongkan bola kepada rakan sepasukannya yang jelas mempunyai pertahanan Rose bersamanya.

10 minit kemudian, Hariez Yazid menambah gol ke-4 Rose untuk menambah garam ke luka Tatmark. Biarpun Tatmark berjaya mendapat 1 gol akhirnya hasil rembatan jarak jauh Noor Hakim, ia tidak lebih dari sekadar gol saguhati buat mereka.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: Afnizal Alfalah (Rose FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN