“Awat Tak Ambil Gambar Kami?” – Ini Penjelasan ‘Photog’ Bola Mengenai Tugas Mereka

photog bola Khairil Ajhar 2022

Sudah la sibuk dengan tugasan di padang bola, ada pula segelintir penyokong bermulut ‘puaka’ memaki hamun jurugambar atau photog kerana gambar mereka ‘menyokong’ tidak diambil atau ditangkap oleh jurugambar.

Itu yang dilalui oleh semua photog termasuklah photog bola sepak dan tidak terkecuali dengan seorang photog, Khairil Ajhar Jaafar. Berikut adalah luahan peribadinya tentang apa yang dilaluinya di Stadium Darul Aman.

Ini bukan hanya berlaku di Stadium Darul Aman, malah hampir semua stadium pasti ada penyokong sebegini.

“Saya jarang menulis panjang. Tapi semalam rasa saya ‘attitude’ penyokong yang PALING tak MATANG dalam SDA sepanjang 10 tahun lebih ‘shoot’ bola. Photog dimaki marah tak ambik gambaq penyokong.

“‘First time’ kena maki dengan perkataan lucah yang jelas kedengaran dari bawah.”

titip Khairil Ajhar di Facebooknya

Tahukah anda mereka bukan hanya duduk suka-suka di tepi padang bola. Sejak pukul enam petang sebelum perlawanan bermula mereka telah bersiap sedia dalam stadium dengan peralatan dan kelengkapan mereka.

Bukan hanya mengejar masa dengan ‘pembeli gambar’, mereka juga perlu mencari masa bersujud di depan Allah yang maha Esa pada waktu Maghrib kerana semua tahu, mereka berada di lokasi sejak lewat petang.

Penulis pernah bertugas bersama Khairil Ajhar ketika beliau hadir ke Stadium Bandaraya pada musim lalu. Kami bergilir untuk solat di surau stadium kerana perkakasan photog bukanlah sedikit, macam-macam yang perlu ‘digalasnya’ dan semuanya bukan benda murah untuk ditinggal begitu sahaja tanpa sebarang pengawasan.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1486958950062845952

Sebaik selesai solat, beliau akan mula berjalan masuk ke dalam kawasan padang untuk mendapatkan ‘feel’ dan mencari sudut-sudut yang sesuai. Sebelum masuk beliau akan menyemak sekali lagi tugasannya malam itu.

Ini adalah antara ringkasan perkongsiannya apa yang beliau perlu lakukan di stadium pada hari perlawanan.

1. Terima tugasan dari photodesk gambar pemain dikehendaki
2. Action, celebration kena hantar ke photodesk. berserta ‘caption’ (nama, nombor jersi dan ayat)
3. Babak pertama minimum 10 keping gambar awal
4. Masa penuh sebelum tamat 10 keping gambar lagi
5. Gambar jurulatih masa ‘interview’ (atau ‘celebration team’ di padang) 1 atau 2 keping gambar
6. Tiada ‘line’ internet, cari ‘line’ untuk hantar gambar
7. Hantar gambar menerusi drive, photostation atau telegram, mana bersesuaian
8. Balik rumah ‘housekeeping’ dan ‘add on’ gambar untuk stok

Menurut Khairil Ajhar, selain Arena Hijau Kuning, beliau yang merupakan seorang ‘freelance’ turut menerima tugasan daripada beberapa portal online lain. Jadi, macam-macam berada di kepalanya saat di padang.

Time frame dan deadline perlu dipatuhi. Photodesk akan bagi senarai pemain yang jadi tumpuan ‘story’ seperti kapten, pemain yang ‘perform’ atau ‘scorer’, ‘coaches reaction’, ‘celebration’ dan ‘action shots’.

“Sebelum hantar, kena pastikan semua ok dah [gambar]. Kalau saya tak ‘edit’ sebab kekadang editor nak letak ‘caption’ dalam gambar. Kalau nak ‘edit’ pun pebetoi ‘cropping’ dengan ‘horizontal line’ sahaja.

“‘Editing’ ni ikut photog la nak buat ka dak. Proses ‘editing’ berbeza photodesk ikut agensi masing masing.”

Khairil Ajhar

Bukanlah beliau atau photog lain langsung tidak mengambil gambar penyokong, adakalanya ada sahaja gambar penyokong yang berjaya diabadikan mereka dalam gambar-gambar mereka untuk tatapan para penyokong.

Berpengalaman kurang lebih 12 tahun dalam dunia photog bola sepak, tentunya beliau telah melalui pelbagai pengalaman sebegini. Setiap stadium pasti ada ceritanya. Cuma yang dipintanya adalah hormati photog yang bertugas kerana itu adalah kerja dan tugas mereka selain jagalah sikap ketika hadir menyokong di stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN