Kedah Darul Aman terus dirundung malang dalam aksi Liga Super musim 2022 ini biarpun pada awalnya bermula dengan sangat baik untuk memberi gambaran positif dalam kalangan para peminat.
Terbaharu, mereka mencatat kekalahan ketiga musim ini apabila Melaka United pula menjadikan Kedah sebagai lubuk tiga mata setelah kejayaan Selangor dan Sabah sebelum itu yang mudah menjinakkan skuad kendalian Aidil Sharin.
Walaupun beraksi di laman sendiri, Kedah gagal memanfaatkan setiap peluang yang ada biarpun mendapat sorakan padu daripada para penyokong apabila tewas dengan keputusan 2-3 di tangan pelawat hasil dua jaringan Ifedayo Olusegun pada minit ke-23 dan 90 serta jaringan tunggal Emmanuel Oti pada minit ke-78.
Keputusan yang tidak menyebelahi KDA FC. Bangkit dan terus ke hadapan.
FT: KDA FC 2-3 MELAKA UTD FC
⚽ 25' NGAH WANJA KDA FC
⚽ 28' IFEDAYO MUFC
⚽ 38' SYAFIQ AHMAD KDA FC
⚽ 78' EMANUEL OTTE MUFC
⚽ 90' IFEDAYO MUFC🔴 LIVE di Unifi TV, Youtube Unifi pic.twitter.com/qJ5TRDHMSM
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 6, 2022
Dua gol Kedah pula terhasil menerusi dua penyerang mereka iaitu Ronal Ngah Wanja pada minit ke-20 serta Syafiq Ahmad pada minit ke-36.
Pengendali Kedah iaitu Aidil Sharin jelas mengakui kesilapan individu para pemain menjadikan Melaka United mudah mengambil setiap peluang terhidang untuk mencatat gol terutama sekali di separuh masa kedua.
“Saya melihat kekalahan pada malam ini lebih daripada kesilapan individu para pemain sehingga memberi ruang buat lawan menguasai.
“Selain itu, para pemain dilihat tidak belajar daripada kesilapan lalu dan masih mengulanginya pada perlawanan sebentar tadi. Apa yang diharap agar pada perlawanan akan datang, mereka tidak lagi mengulanginya seperti ini,” jelas Aidil pada sidang media tersebut.
Selepas episod tewas minggu lepas, Aidil Sharin dan Rodney mahukan perlawanan kali ini sebagai medan menyuntik motivasi melalui keputusan 3 mata. Dengan persiapan rapi, aksi yang bakal disajikan malam ini sudah pasti menarik untuk disaksikan. pic.twitter.com/E1L2mW6hx8
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 6, 2022
Selain itu, Aidil juga dengan rasa kecewa memohon maaf buat para penyokong yang hadir ke stadium setelah tidak mendapat keputusan yang sepatutnya diinginkan mereka.
Ketika ditanya Semuanya BOLA kepada Aidil jika beliau masih membuat eksperimen dalam pasukannya sehingga kini hingga memberi kesan negatif dalam permainan, jelas Aidil agak berang dengan persoalan tersebut.
Tanya beliau kembali, apakah yang membuatkan pihak kami merasakan dirinya membuat eksperimen dalam pasukan dan seolah beliau tidak menginginkan kemenangan?
Menurut beliau, setiap perlawanan adalah penting dan tidak pernah terlintas dalam pemikiran Aidil untuk membuat eksperimen dalam pasukan.
“Apa yang menyebabkan kamu rasa saya sedang membuat eksperimen? Adakah kamu rasa setiap perlawanan kami tidak mahu menang dan hanya sekadar mahu bereksperimen?” tegas Aidil dengan sedikit berang sebelum beliau bangun dan mengakhiri sidang media.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!