Pengurus Borrusia Dortmund, Thomas Tuchel ternyata gembira lagi bangga selepas pemain bintang beliau iaitu Pierre-Emerick Aubameyang selepas pemain itu menjaringkan hatrik semalam.
Semalam, Borrusia Dortmund menang 4-0 dalam satu lagi aksi UEFA Champions League peringkat 16 pasukan terakhir.
“Tepat pada masanya”
Tuchel nyata gembira dengan kemenangan tersebut kerana Dortmund berjaya layak ke pusingan seterusnya.
Selain itu, beliau gembira dengan hasil persembahan Aubameyang yang ternyata cukup berkesan selepas pemain Gabon itu menjaringkan hatrik semalam.
“Saya sangat gembira dengan persembahan Aubameyang.”
“Beliau menjaringkan hatrik dan hatrik itu hadir pada masa yang tepat.”
Tuchel nyata gembira dengan jaringan pertama Aubamenyang kerana beliau berada tepat pada masanya.
“Gol pertama itu sangat saya suka, kerana beliau ada pada masa yang tepat untuk jaringkan gol. Ternyata untuk hasilkan gol sebegitu ia memerlukan masa yang tepat untuk melakukan penyudah.”
Gol pertama yang Tuchel maksudkan adalah gol tandukan Aubameyang di far post yang menerjah jaring pada minit ke-4.
Hilang arah
Namun apa yang mengecewakan Tuchel adalah aksi pasukannya selepas pasukan berjaya menjaringkan gol pertama.
“Untuk 25 minit, saya perasan pasukan saya main tak menentu selepas berjaya menjaringkan gol.”
“Saya tak mahu pasukan saya terganggu dengan perlawanan pertama tempoh hari. Mujur, pasukannya saya beraksi cemerlang di separuh masa kedua.”
Borrusia Dortmund menewaskan Benfica dengan jaringan 4-0 selepas hatrik Aubameyang dan gol dari Christian Pulisic memberikan kemenangan besar buat wakil Jerman itu.
Mereka layak dengan aggregat 4-1.
Baca juga: Polisi Penggiliran Pemain Dipertikai Selepas Seri Dengan Stoke, Guardiolan Beri Respon