EPL: Aubameyang Hero Kebangkitan Arsenal Sekali Lagi

Peyerang antarabangsa Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang sekali lagi menjadi watak penting dalam kebangkitan Arsenal dalam keadaan pasukan beliau ketinggalan.

Arsenal berhadapan dengan Bournemouth di tempat lawan. Ternyata ia bukan perlawanan yang mudah untuk mereka. Aubameyang diturunkan sebagi penyerang tunggal dalam sistem 3-4-3. Lacazette tidak dapat diturunkan kerana kecederaan groin.

Arsenal di hadapan menerusi satu jaringan sendiri yang agak ‘kejam’ apabila Jefferson Lerma tertampan bola ke gawang sendiri. Bola itu terlalu deras untuk diselamatkan penjaga gol.

Namun Bournemouth menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat menerusi Joshua King. The Cherries melakukan serangan balas terakhir pada separuh masa pertama dan King menyudahkannya dengan tenang mengatasi Bernd Leno yang beraksi cemerlang.

Separuh masa pertama berakhir 1-1. Ini bermakna Arsenal adalah satu daripada 2 pasukan – selain Cardiff – musim ini yang masih belum mendahului lawan pada separuh masa pertama selepas 13 perlawanan. Maka tak hairanlah mereka digelar Second Half FC.

Bersambung babak ke-2, Arsenal di hadapan menerusi jaringan Aubameyang pada minit ke-67. Ianya berpunca daripada hantaran cantik oleh Iwobi kepada Kolasinac.

Aubameyang dengan bijak mencipta ruang di hadapan gol dan menerima bola daripada Kolasinac. Beliau terus melakukan percubaan dan memberikan gol kemenangan untuk Arsenal.

Gol tersebut meletakkan Aubameyang kini sebaris dengan Aguero dalam senarai pendahulu untuk penjaring terbanyak EPL dengan 8 gol.

Aubameyang kini sudah terlibat dalam 23 gol daripada 26 perlawanan EPL bersama Arsenal sejak menyertai mereka pada Januari 2018.

Arsenal menang 2-1 di Vitality Stadium untuk merapatkan lagi mereka dengan 4 teratas dalam liga. Arsenal kini di tangga ke-5, hanya dibezakan 1 mata dengan Chelsea di tangga ke-4.

Ini merupakan kemenangan ke-4 Arsenal di tempat lawan musim ini daripada 6 kunjungan mereka. Ianya menyamai jumlah kemenangan mereka di tempat lawan untuk satu musim 2017/18 yang lalu.

Arsenal turut melebarkan rekod tanpa kalah dalam 17 perlawanan terakhir mereka.

Arsenal selepas ini akan terbang ke Ukraine untuk berhadapan Vorskla Poltava dalam kempen Europa League. Dan pada hujung minggu akan beraksi dalam Derbi London Utara menentang Tottenham Hotspur.

Manakala Bournemouth akan berkunjung ke Etihad menentang Manchester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN