Aubameyang Mengaku Kemajuan Arsenal Terbantut Di Bawah Kendalian Wenger

Pierre-Emerick Aubameyang mungkin belum lagi bersama dengan Arsenal untuk satu tempoh yang lama, akan tetapi beliau sudah berasakan sesuatu yang tidak kena dengan kelab itu.

Pemain tersebut secara terbuka mengakui kelabnya itu mengalami situasi yang di mana kemajuan kelab tersebut terbantut di bawah kendalian bekas pengurus – Arsene Wenger.

Menurut bekas pemain Borussia Dortmund itu, berpisahnya Wenger dengan Arsenal selepas 22 tahun bersama menghasilkan perasaan bercampur baur antara suka dan duka terutamanya dari sudut pandang peminat mereka.

“Di satu pihak, ia merupakan satu perasaan yang cukup pelik apabila seseorang pengurus pergi meninggalkan kelab.”

“Tapi apa yang pasti, ianya merupakan satu permulaan baharu buat kelab.”

“Ia merupakan satu perasaan yang pelik apabila seorang pengurus pergi meninggalkan kelab selepas 22 tahun. Tapi itulah kehidupan, kita harus pandang ke depan.”

Wenger mempunyai waktu penuh suka bersama Arsenal terutamanya di fasa awal pengurusan beliau bersama kelab.

Akan tetapi sejak berpindah ke Emirates, Wenger mengalami kesukaran untuk menghadiahkan kejuaraan kepada Arsenal.

“Sejak beberapa musim yang lalu, kemajuan kelab terbantut sedikit.”

“Akan tetapi, saya berasa semua orang berasa cukup teruja menanti apa yang akan terjadi pada musim akan datang.”

Aubameyang nyata teruja dengan kehadiran pengurus baharu iaitu Unai Emery dan berharap pengurus tersebut dalam memberikan peluang kepada beliau untuk beraksi dalam formasi yang menggunakan 2 penyerang.

“Saya lebih gemarkan beraksi sebagai penyerang di bahagian tengah bersama dengan pasangan penyerang saya.”

“Akan tetapi, jika pengurus baharu mahukan saya beraksi di bahagian sayap itu tiada masalah bagi saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN