Atta Ellayyan Hampir Dilantik Menjadi Jurulatih Futsal Sekolahnya

Allahyarham Atta Elayyan bukanlah calang-calang orangnya.

Selain menjadi pemain futsal, beliau mempunyai perniagaan yang cemerlang. Syarikatnya, LWA Solutions merupakan syarikat berasaskan teknologi maklumat.

Antaranya, Microsoft yang pernah menjadi pelanggan kepada syarikatnya.

Dikenang

Ronan Naicker, bekas jurulatih Atta menceritakan kebaikan dilakukannya. Atta bersikap pemurah dan selalu berkongsi.

Naicker menceritakan pernah sekali Atta sudi memberikan sesi nasihat mengenai bisnes kepada seorang anak muda. Pada ketika itu, mereka berdua dalam perjalanan pulang setelah satu perlawanan futsal.

Atta pernah dianugerahkan Pemain Futsal Terbaik New Zealand pada tahun 2014. Setahun sebelum itu, beliau pernah diturunkan oleh New Zealand dalam perlawanan menentang Malaysia.

Berikut merupakan rakaman perlawanan di mana Atta menjadi penjaga gol New Zealand.

Jurulatih

Atta dijadualkan akan menjawat jawatan sebagai jurulatih skuad futsal sekolahnya mulai Isnin. Beliau sebelum ini merupakan bekas pelajar Christchurch Boys High School.

Sehari sebelum kejadian berdarah itu berlaku, Atta dan Naicker sempat membeli barangan keperluan untuk sekolah lamanya.

Beliau meluahkan rasa bangga dapat melatih pasukan sekolah lamanya.

Pemergian dikenang

Pemergian Atta dikenang rakan-rakannya. Sumber: Stuff.co.nz

Skuad Canterbury telah menyertai komuniti Christchurch untuk majlis memperingati mangsa pada Ahad. Ada beberapa orang rakan Atta dilihat menangis.

Laman web NZ Football turut memuatkan ucapan takziah dan memori kepada Atta. Atta meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan bernama Aya.

Naicker meluahkan bahawa kelakuan Atta semasa hidupnya boleh menjadi contoh kepada masyarakat yang pelbagai latar belakang. Semoga kisah hidup Atta ini menjadi iktibar kepada semua yang masih hidup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN