Atletico Tucuman pinjam jersi pasukan kebangsaan Argentina selepas pasukannya menghadapi perjalanan ke Ecuador dengan penuh serabut!
Lambat sampai
Atletico Tucuman pinjam jersi ketika mereka dalam perjalanan ke Ecuador untuk menghadapi saingan getir dalam aksi Copa Librtadores.
Dalam perlawanan yang menyaksikan mereka perlu menewaskan El Nacional. Mereka tidak pernah menyangka perjalanan mereka akan mengalami pelbagai masalah.
Pertama adalah, mereka tiba lewat di lokasi perlawanan di Ecuador.
Hasilnya dari kelewatan mereka itu membawa kepada penangguhan perlawanan diantara kedua-dua pasukan.
Sudahlah lewat, jersi pula tertinggal!
Jersi pasukan Atletico Tucuman tertinggal ketika dalam perjalanan mereka dari Argentina ke Ecuador.
Jadi apa yang mereka buat? Tak akan main bola tak pakai baju?
Nasib menyebelahi mereka apabila kebetulan di Ecuador, skuad B-20 tahun Argentina. Jadi mereka mengambil keputusan untuk meminjam jersi dari skuad kebangsaan mereka.
Mujur semuanya pakai jersi muat. Dan lebih menarik mereka menang!
Mungkin kerana tuah jersi pasukan kebangsan Argentina, semangat Lionel Messi dan juga Sergio Aguero mengalir dalam diri setiap pemain Atletico Tucuman.
Mereka berjaya menang 2-0 dan 4-2 menerusi aggregat selepas mereka seri 2-2 dalam perlawanan sebelumnya.
Dengan kemenangan ini, mereka layak ke pusingan seterusnya Copa Libertadores.
Baca juga: Tevez Tewas Ketika Perlawanan Pertamanya Bersama Shanghai Shenhua