Atlético Madrid meminta penjelasan daripada La Liga berkenaan dengan pengadilan VAR. Ini selepas mereka tak dihadiahkan penalti ketika perlawanan derbi Madrid di Santiago Bernabeu.
Dalam perlawanan menentang Real Madrid yang berkesudahan 0-0, bola terkena tangan Casemiro di dalam kotak penalti pada separuh masa pertama.
Tamat perlawanan Diego Simeone juga bengang dengan tiadanya penalti diberikan kepada mereka. Atletico juga mendakwa beberapa keputusan pengadil juga pilih kasih.
Sergio Ramos terlepas hukuman ketikan mengasari Jose Jimenez dalam keadaan bola masih di udara.
Atletico juga tak berpuas hati kerana ada insiden yang hampir serupa di tempat lain, prosedur pengadilan dengan VAR adalah berbeza-beza. Kenapa tidak diselaraskan?
Dalam kenyataan media rasmi mereka, Atletico menyatakan:
“Selepas melihat semula aplikasi berbeza dan juga konsultasi yang dilakukan oleh VAR dalam beberapa insiden yang hampir sama pada hari perlawanan lalu, Aletico Madrid akan meminta penjelasan pada Isnin ini daripada Jawatankuasa Teknikal Pengadilan berkenaan situasi berkaitan.”
El Atlético de Madrid solicitará una aclaración al Comité Técnico de Árbitros sobre los diferentes criterios en el uso del VAR en una misma jornada https://t.co/xSHzfGZOR0 pic.twitter.com/GrlTggvCkl
— Atlético de Madrid (@Atleti) September 30, 2018
“Satu kekeliruan yang besar telah berlaku kerana kriteria yang berbeza digunapakai dalam situasi yang berlainan, meninjau semula paparan imej oleh pengadil itu sendiri di monitor.”
“Ada juga beberapa kes di mana pengadil tidak mengendahkan permintaan daripada pemain agar melakukan tinjauan VAR walaupun jelas sekali ada insiden yang kontroversi.”
“Kami percaya yang penjelasan ini perlu untuk memastikan penggunaan VAR ini berfungsi secara profesinal dan mengelakkan kekeliruan di kalangan penyokong.”