Atletico Madrid Jemput Mangsa Gua Thailand Saksikan Perlawanan Di Wanda Metropolitano

Semua orang dalam komuniti bola sepak nyata gembira dengan berita terselamatnya skuad bola sepak kanak-kanak di Thailand yang terperangkap di dalam gua.

Pelbagai pihak kini hadir untuk memberikan ganjaran kepada mereka dan kini pihak Atletico Madrid juga turut serta dalam memberikan ganjaran.

Menerusi laman rasmi Facebook mereka, Atletico Madrid telah membuat keputusan untuk menjemput skuad Wild Boars untuk ke Wanda Metrpolitano dan menyaksikan perlawanan di sana.

Berikut merupakan terjemahan ringkas hebahan yang ditulis mereka:

“Kami di Atletico Madrid merasakan kekuatan yang ada pada  mangsa gua yang terselamat di Thailand!”

“Sekarang masa untuk berehat, dan pastinya anda akan menikmati bola sepak sekali lagi kelak.”

“Kami dengan rasa rendah diri ingin menjemput kalian ke Madrid untuk bertemu dengan pemain pasukan utama kami, menyaksikan perlawanan secara langsung dan juga bertemu dengan pemain akademi kami.”

“Pada kami, anda semua adalah contoh kepada semua. Anda semua adalah juara!”

Selain Atletico Madrid, FIFA sebelum ini ada menjemput mereka ke perlawanan akhir Piala Dunia namun jemputan itu terpaksa ditolak kerana doktor menasihati mereka untuk berehat.

Manchester United juga ada menjemput mereka untuk ke Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan melibatkan kelab tersebut secara langsung.

CHIANG RAI, THAILAND – July 10: Onlookers at the junction in front of Chiangrai Prachanukroh Hospital watch and cheer as ambulances transport the last rescued schoolboys and their coach from a helipad nearby to Chiangrai Prachanukroh Hospital on July 10, 2018 in Chiang Rai, Thailand. Divers began an effort to pull the 12 boys and their soccer coach on Sunday morning after they were found alive in the cave at northern Thailand. Thai Navy SEALs confirmed on Tuesday that the 12 boys, aged 11 to 16, and their 25-year-old coach have now all been extracted safely after they were found alive in the cave at northern Thailand. The boys of the Wild Boars soccer team and their coach are to spend at least a week in a hospital in Chiang Rai Province due to a risk of rare infections.(Photo by Linh Pham/Getty Images)

12 kanak-kanak dari pasukan Wild Boars bersama seorang jurulatih mereka terperangkap di dalam gua di Thailand selepas hujan yang turun menutup jalan keluar mereka dari gua tersebut.

Namun, semuanya telah berjaya diselamatkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN