Atletico Madrid dikatakan hampir pasti akan bersama semula dengan bekas penyerang mereka iaitu Diego Costa.
Penyerang Chelsea yang dikatakan tidak diperlukan oleh Chelsea selepas Antonio Conte memberitahu pemain itu bahawa Costa tidak lagi berada dalam perancangan pengurus tersebut.
Walaupun disekat dengan sekatan perpindahan, namun Atletico Madrid tetap melakukan urus niaga dan mereka nyata mahu mendapatkan bekas penyerang mereka itu.
Atletico Madrid dan Chelsea kini sedang berada dalam rundingan untuk menetapkan jumlah wang perpindahan yang perlu dibayar oleh pihak kelab Sepanyol itu.
Diberitakan jumlah perpindahan yang akan dibayar oleh Atletico Madrid sebanyak €60 juta.
Ia merupakan satu jumlah yang agak kecil berbanding jumlah asal yang dimahukan Chelsea iaitu sebanyak €100 juta – €40 juta lebih daripada harga yang dilaporkan.
Andai perpindahan ini berlaku bermakna Costa hanya boleh bermain untuk Atletico Madrid bermula pada Januari 2018 sahaja.
Hal ini berikutan Atletico Madrid masih lagi dikenakan sekatan perpindahan sehingga hujung tahun ini.
Sumber:
- Gianluca Di Marzio (2017): Atletico, Diego Costa è sempre più vicino: si lavora per l’intesa col Chelsea; http://gianlucadimarzio.com/it/atletico-diego-costa-e-sempre-piu-vicino-si-lavora-per-lintesa-col-chelsea