Atletico Madrid Gagal Sempurnakan Penalti Yang Diterima Selepas Wisel Penamat Dibunyikan

Luis Enrique ahead of decisive clash with Man City: 'We are ready' Loading official content
Luis Enrique ahead of decisive clash with Man City: 'We are ready'
The Paris Saint-Germain head coach sees the crucial Champions League meeting against Manchester City with optimism. Luis Enrique feels his squad is well prepared and believes the fans will be important at the Parc des Princes.
0 seconds of 40 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:40
00:40
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Haaland feels like home at Man City: 'I didn't think about 115 charges' Kane, Musiala & Co. at the final training session before Feyenoord Arteta provides injury updates on Saliba and Saka and the returns for Dinamo clash Luis Enrique and Pep Guardiola’s reunion Pitchside Angle: Lilipaly's double thumps Arema Abdukodir Khusanov explains why he chose Man City Yildiz with a skilful finish in the Derby della Mole Khvicha Kvaratskhelia's first training session at PSG Top Three Saudi League Goals of the Week Foden praises connection with De Bruyne and Doku Behind the scenes: Kvaratskhelia's exciting first day at PSG Lihat lebih video Paris Saint-Germain di OneFootball

Telah berlaku satu insiden yang sangat dramatik dalam aksi pertemuan antara Atletico Madrid bertemu Bayer Leverkusen di Civitas Metropolitano awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah telah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan selepas wisel penamat dibunyikan, namun ia telah dipersia-siakan oleh Yannick Carrasco.

Lebih memburukkan keadaan untuk Atletico lagi, seteru mereka dalam saingan peringkat kumpulan B, Porto berjaya membelasah pendahulu kumpulan Club Brugge 4-0.

Melihat Porto membelasah Club Brugge, Atletico Madrid sebenarnya wajib menewaskan Leverkusen supaya mereka kekal bersaing untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

Skuad kendalian Diego Simeone itu ketinggalan seawal minit ke-9 permainan selepas Moussa Diaby meledak gol untuk kelab dari Jerman itu.

Yannick Carrasco kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-22 permainan untuk memastikan Atletico tidak ketinggalan.

Pemain yang dipinjamkan dari Chelsea, Callum Hudson-Odoi kemudiannya meledak gol kedua untuk Leverkusen mendahului 2-1.

Atletico Madrid sekali lagi mengejar dan menyamakan kedudukan menerusi pemain kebangsaan Argentina, Rodrigo De Paul.

Walaupun Atletico sebenarnya berjaya mengasak teruk kubu Leverkusen pada aksi babak kedua permainan, namun malangnya mereka gagal untuk memburu gol kemenangan.

Atletico terus menerus melancarkan serangan sehingga pengadil perlawanan, Clement Turpin membunyikan wisel penamat.

Walau bagaimanapun, drama dalam perlawanan tersebut tidak sekadar berakhir di situ, dengan VAR kemudiannya meminta pengadil menyemak semula satu insiden yang berpotensi memberikan sepakan penalti kepada Atletico.

Bola didakwa terkena tangan pemain Leverkusen ketika Atletico Madrid melancarkan serangan terakhir mereka sebelum wisel penamat dibunyikan.

Selepas merujuk monitor di tepi padang, pengadil dari Perancis itu memutuskan untuk memulakan semula perlawanan, dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Atletico.

Walau bagaimanapun, Atletico Madrid gagal untuk memanfaatkan kelebihan yang diberi, dengan Leverkusen menarik nafas lega melihat hal tersebut.

Carrasco tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun percubaan beliau diselamatkan oleh penjaga gol, Lukas Hradecky.

Bola tersebut terbias kembali ke Saul Niguez, yang kemudiannya menanduk bola ke arah gawang gol Leverkusen.

Bola tandukan dari Saul Niguez walau bagaimanapun sekadar terkena palang dan pemain Leverkusen cemerlang mengeluarkan bola dari kawasan permainan.

Keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan para penyokong Atletico Madrid jelas sekali sangat kecewa melihat keputusan perlawanan tersebut.

Keputusan seri itu menyebabkan Atletico Madrid kini berada empat mata dibelakang Porto yang sedang berada di kedudukan kedua dalam carta peringkat kumpulan B.

Atletico Madrid kini sedang bersaing rapat dengan Bayer Leverkusen untuk merebut slot ke saingan Europa League selepas tamat aksi peringkat kumpulan.

Gergasi Sepanyol itu selepas ini akan turun beraksi bertemu Porto di halaman lawan, sementara Leverkusen pula bakal melayan kunjungan Brugge pada hari yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN