Atlanta United berjaya menewaskan Portland Timbers 2-0 dalam perlawanan akhir Major League Soccer (MLS) Cup 2018.
Ini menyaksikan Atlanta muncul juara MLS Cup buat kali pertama dalam sejarah mereka serta membuatkan Portland Timbers gagal mengulangi kejayaan memenangi trofi tersebut pada 2015.
2 gol bermakna
Make it 35 goals for @JosefMartinez17! This one means more. #MLSCup https://t.co/cpwRjTkSYA
— Major League Soccer (@MLS) December 9, 2018
Atlanta bermain baik di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.
Josef Martinez menjaringkan gol pertama untuk Atlanta pada minit ke-39. Pertahanan Timbers gagal mengawal bola dengan baik telah menyebabkan Josef mencuri peluang itu dan menjaringkan gol.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
9 minit selepas separuh masa kedua bermula, Franco Escobar menjaringkan gol kedua untuk Atlanta. Beliau menyambut sepakan percuma rakan sepasukannya lantas menyepak bola ke dalam gawang yang dikawal Jeff Attinella.
Kedudukan 2-0 tersebut berjaya dikekalkan hingga wisel penamat dan memberikan kejayaan manis buat Atlanta United.
Mara
Kemenangan Atlanta United itu memberikan mereka tiket untuk beraksi dalam CONCACAF Champions League 2019. Mereka juga beraksi buat kali pertama dalam kejohanan tersebut.
Atlanta United juga akan mewakili MLS dalam satu pertandingan yang dikenali sebagai Campeones Cup edisi 2019. Mereka akan bertemu dengan juara Campeon de Campeones dari Mexico.
Penyerang Atlanta United, Josef Martinez dianugerahkan ‘Pemain Paling Bernilai (MVP)’. Anugerah itu diberikan melalui undian di Internet oleh penonton.
Pecah Rekod
It’s also the largest crowd for a standalone, single game of any type in MLS history!
— Major League Soccer (@MLS) December 9, 2018
Perlawanan akhir MLS Cup ini juga menyaksikan seramai 73,019 orang penonton telah hadir ke Mercedes Benz Stadium. Ia merupakan rekod penonton paling teramai untuk menonton perlawanan akhir pertandingan ini.
Malah, ia juga menjadikan rekod perlawanan paling ramai dihadiri penonton dalam sejarah perlawanan MLS.