Atlanta United Lantik Gabriel Heinze Sebagai Ketua Jurulatih

Gabriel Heinze Atlanta United

Bekas pertahanan Argentina, Gabriel Heinze telah diumumkan sebagai ketua jurulatih kelab Major League Soccer (MLS), Atlanta United dengan kontrak selama dua tahun.

Pelantikannya dibuat enam bulan selepas pemecatan Frank de Boer dan ketua jurulatih sementara Stephen Glass akan kembali menggalas tugasan asalnya membimbing Atlanta United 2 dalam kejuaraan United Soccer League (USL).

Presiden kelab, Darren Eales dalam kenyataannya mengalu-alukan kedatangan Heinze yang dianggap satu pelantikan yang penting dalam sejarah kelab tersebut.

“Ini adalah satu pencapaian yang penting untuk sejarah Atlanta United apabila mendapat khidmat seorang ketua jurulatih yang mempunyai pengalaman luas sebagai pemain profesional.

“Dengan reputasinya sebagai salah seorang jurulatih terbaik di Amerika Selatan, beliau merupakan calon utama untuk jawatan ini dan kami berbasar hati Heinze memilih Atlanta United untuk mengembangkan kariernya.

Heinze memulakan kariernya sebagai pemain profesional bersama Newell’s Old Boys sebelum berhijrah ke Eropah menyertai beberapa pasukan termasuk Paris Saint-Germain (PSG), Manchester United dan Real Madrid.

Namun di penghujung kariernya, beliau kembali ke Newell’s Old Boys untuk beraksi selama dua musim sebelum mengambil keputusan untuk menggantung but pada usia 36 tahun.

Jurulatih berusia 42 tahun itu telah mengumpul 73 kaps bersama skuad kebangsaan Argentina dan membantu pasukan negaranya menjuarai pingat emas dalam kejohanan Sukan Olimpik pada 2004.

Beliau turut menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2006/07 sebelum berhijrah ke Real Madrid dan memenangi La Liga pada musim berikutnya.

Atlanta sebelum ini pernah menjuarai Piala MLS pada 2018 dan memenangi Piala Terbuka AS pada tahun lepas. Namun pada tahun ini mereka gagal layak ke pusingan playoff.

Kredit Foto: Atlanta United

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembagan bola sepak luar negara:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN