Bagaimana Pelaburan Bijak Berikan Keuntungan Besar Kepada Athletic Bilbao?

Satu perkara yang tak boleh kita nafikan ialah hakikat bola sepak moden ini memerlukan wang untuk bersaing.

Jika pasukan tersebut punya wang yang banyak, maka mereka lebih mudah bersaing untuk mendapatkan pemain berkualiti di pasaran dan begitulah sebaliknya.

Dalam bola sepak moden, majoriti pasukan sering bersaing di pasaran untuk mendapatkan pemain terbaik.

Malah, mereka turut membayar harga tinggi yang kadang kala tak masuk akal untuk seorang pemain!

Tetapi, berbeza dengan Athletic Bilbao, kelab La Liga ini menggunakan cara berbeza dalam melaburkan duit mereka. Bagaimana?

Pemantapan akademi

Dikala pasukan lain saling memecahkan rekod perpindahan pemain di pasaran, Athletic Bilbao memilih jalan berbeza dengan melaburkan wang mereka ke akademi.

Majoriti wang mereka dihabiskan dengan memajukan akademi bola sepak mereka di Lezama dari segi kualiti fasiliti dan juga bidang kejurulatihan.

Akademi mereka merupakan antara yang terbaik di Sepanyol. Mereka mempunyai:

  • 4 padang bola sepak bersaiz penuh
  • 4 pada bola sepak bersaiz penuh berumput tiruan
  • Padang bola sepak rumput tiruan
  • Padang dalam dewan (indoor)
  • Gimnasium

Pelaburan mereka terhadap akademi Lezama mereka sememangnya cukup tinggi. Di akademi tersebut turut dibina stadium mini untuk pasukan simpanan mereka beraksi.

Akademi Lezama milik Athletic Bilbao. Gambar: Ahtletic Bilbao

Selain fasiliti latihan, mereka turut memastikan kualiti kejurulatihan yang di akademi berada pada tahap terbaik.

Terdapat beberapa jurulatih ternama di Sepanyol yang berkhidmat untuk akademi Athletic Bilbao dalam usaha kelab itu mengekalkan standard pemain yang dilahirkan mereka.

Nama-nama seperti Aymeric Laporte, Fernando Llorente dan Inigo Martinez antara produk keluaran akademi Lezama ini selain daripada skuad Athletic Bilbao yang bermain di La Liga sekarang.

BILBAO, SPAIN – SEPTEMBER 15: Inigo Martinez of Athletic Club reacts during the La Liga match between Athletic Club Bilbao and Real Madrid at San Mames Stadium on September 15, 2018 in Bilbao, Spain. (Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

Stadium bertaraf dunia

Selain itu, Athletic Bilbao turut mengalirkan wang mereka ke pembinaan stadium yang bertaraf dunia.

San Mames merupakan stadium baharu yang dibina oleh mereka. Ianya dibuka pada 2013 bagi menggantikan stadium lama – Campo San Mames.

Nama mungkin sama namun ianya cukup berbeza. Pembinaan stadium baharu ini membolehkan seramai 53 ribu penyokong Athletic Bilbao memberikan sokongan kepada pasukan mereka dalam satu-satu masa.

Stadium San Mames yang dibuka pada 2013.

Sebelum ini, stadium lama hanya boleh diisi dengan kapasiti 40 ribu sahaja.

San Mames merupakan antara stadium moden yang terbaik di Eropah ketika ini.

Sistem pencahayaan yang baik membuatkan pengalaman menonton bola sepak di stadium tersebut pada waktu malam sememangnya terbaik.

Stadium San Mames yang dicahayakan dengan warna merah dan putih pada waktu malam.

Bagi Athletic Bilbao, stadium adalah aset penting bagi mereka. Atmosfera yang terhasil di dalam stadium oleh para penyokong jelas membantu prestasi pasukan di atas padang.

Untuk rekod, mereka cuma kalah 2 kali sahaja di laman sendiri pada aksi 2016/2017 bagi saingan La Liga.

Stadium San Mames yang cukup menakjubkan ini telah pun menerima penghargaan yang sewajarnya oleh pihak UEFA.

Hal ini kerana, UEFA telah memilih stadium tersebut sebagai salah satu lokasi perlawanan untuk kejohanan EURO 2020 yang dilangsungkan di seluruh Eropah kelak.

Pelaburan bijak

Pada hemat penulis, pelaburan yang dilakukan oleh Athletic Bilbao merupakan satu tindakan bijak untuk memastikan pasukan kekal bersaing.

Mereka mempunyai falsafah hanya membeli pemain dari wilayah Basque sahaja. Secara tak langsung, falsafah ini mengecilkan pilihan pemain yang boleh mereka dapatkan.

Namun begitu, mereka menutup kelemahan itu dengan memantapkan akademi mereka.

Dengan akademi yang mantap, mereka mampu melahirkan ramai pemain Basque yang bertaraf tinggi yang akan berkhidmat untuk mereka atau pun dieksport ke pasaran pemain.

Stadium juga merupakan aset terpenting buat pasukan. Dengan adanya stadium bertaraf dunia seperti San Mames, kelab boleh menarik lebih ramai penyokong untuk menyokong mereka.

Selain itu, ia turut dapat menarik lebih ramai pemain terutamanya di wilayah Basque untuk memasang impian beraksi buat Athletic Bilbao.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN