Atas Faktor Keselamatan, Selangor Mohon Tunda Aksi Piala Sumbangsih

Selangor dilaporkan sudah pun menghantar permohonan rasmi untuk penundaan tarikh baharu bagi saingan Piala Sumbangsih yang akan berlangsung tidak beberapa hari lagi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Permohonan itu dibuat atas faktor keselamatan yang mungkin dapat memberi ancaman kepada para pemain The Red Giants kerana isu besar sedang melanda dalam dunia bola sepak tempatan kini.

Permohonan dibuat itu disahkan sendiri oleh Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor dengan menyatakan sebab keselamatan perlu diutamakan.

Apa tidaknya, pemain mereka iaitu Faisal Halim baru sahaja diserang oleh dua individu tidak dikenali sebelum itu dengan simbahan asid sehingga beliau terpaksa menerima pembedahan atas kecederaan parah.

Di media sosial, beberapa perkongsian turut dibuat dengan ada kemungkinan suspek mungkin menyasarkan pemain-pemain lain dan demi keselamatan, adalah lebih baik buat pasukan tersebut memohon penundaan sehingga ia kembali reda.

“Hari ini Selangor FC membuat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT (Johor Darul Ta’zim) bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih kalau dapat diubah, bukan dibatalkan atas dasar keselamatan.

“Itu (faktor keselamatan) saya tak boleh dedahkan. Kita sudah buat permohonan rasmi kepada MFL. Biar MFL teliti dan perbincangan lanjut akan dijalankan,” katanya menerusi Berita Harian.

Sejak beberapa hari ini, dunia bola sepak tempatan gempar dengan siri serangan membabitkan pemain bola sepak bintang dengan segalanya bermula kepada Akhyar Rashid.

Akhyar yang ketika ini beraksi untuk Terengganu telah diserang oleh dua individu tidak dikenali sehingga menyaksikan kepala beliau mengalami pendarahan teruk selain kaki dan lengannya turut tercedera akibat dipukul objek keras.

Susulan itu, Akhyar dikejarkan ke hospital terdekat untuk menerima rawatan lanjut dan suspek bagi kejadian tersebut sehingga kini masih belum dapat ditangkap.

Belum pun reda, giliran Faisal Halim pula diserang beberapa hari kemudian dengan ianya menjadi lebih teruk kerana pemain kelahiran Pulau Pinang itu disimbah asid ketika bersama keluarga di sebuah pasaraya sekitar Petaling Jaya.

Lebih teruk, Faisal juga berkemungkinan tidak akan dapat beraksi lagi dalam dunia bola sepak profesional kerana kesan diterima beliau sangat teruk.

Menjelang aksi Liga Super 2024/2025 yang akan bermula tidak lama lagi, marilah kita sama-sama mendoakan supaya isu tersebut dapat diselesaikan supaya keharmonian bla sepak Malaysia kekal terpelihara.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN