ASTRO Perjelas Ketiadaan Siaran Langsung UEFA Champions League 2018/19

Sebelum ini timbul ura-ura syarikat penyiar digital terbesar negara, ASTRO tidak akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak UEFA Champions League di rangkaian sukan mereka.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya di kalangan pengguna ASTRO yang sentiasa bersandarkan siaran daripada syarikat penyiar digital tersebut untuk perlawanan-perlawanan bola sepak antarabangsa.

Berdasarkan carian kami di media-media sosial milik ASTRO, kami boleh mengesahkan bahawa syarikat tersebut masih belum memperolehi hak penyiaran untuk pertandingan kelab eropah itu.

Menjawab pertanyaan pengguna di akaun Twitter milik mereka, Astro berkata rundingan masih dilakukan untuk mendapatkan hak penyiaran UEFA Champions League.

Pihak Astro turut mahukan semua pengguna mereka untuk bersabar, dan berita terkini mengenai hal tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Namun pertanyaan beberapa pengguna media sosial kepada Stadium Astro, mendapat jawapan sebaliknya.

Menjawab soalan Jason Ong, Stadium Astro menjawab: “Minta maaf. Tidak,” merujuk kepada tiada siaran langsung yang akan disiarkan melalui rangkaian syarikat penyiar digital negara tersebut.

Dalam satu mesej yang diperolehi oleh kami, Stadium Astro turut menjelaskan mengapa Astro tidak akan menyiarkan perlawanan UEFA Champions League pada musim ini.

Dalam jawapan kepada salah seorang pengguna, Stadium Astro menjelaskan harga bidaan untuk mendapatkan hak penyiaran tersebut sebagai terlampau mahal.

Ianya juga tidak sesuai untuk dilakukan, mengambil kira keadaan ekonomi semasa di dalam negara.

Stadium Astro turut membayangkan kenaikkan harga kepada pakej semasa turut terpaksa diambil sekiranya bidaan tersebut diperolehi untuk menampung kos semasa syarikat.

Ini bukan kali pertama Astro tidak menyiarkan perlawanan bola sepak yang diikuti oleh rakyat Malaysia.

Sejak beberapa musim lalu, pertandingan Piala EFL, atau Piala Carabao di England turut dihentikan penyiarannya. Begitu juga pertandingan Serie A di Itali.

UEFA Champions League dianggap sebagai kejohanan terbesar peringkat kelab, dan diikuti di seluruh dunia.

Pada musim lalu sahaja pertandingan tersebut dikatakan menarik lebih daripada 1.7 billion tontonan daripada peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN