Aston Villa Dermakan Makanan Tengah Hari Kepada Rumah Kebajikan

Sebagaimana ramai yang mengetahui, terdapat beberapa perlawanan bola sepak di Britain terpaksa ditangguhkan. Ini disebabkan berlakunya ribut salji yang sangat tebal.

Namun, ada juga yang mencuba untuk mengadakannya walaupun keadaan tidak sangat mengizinkan. Mereka sudah menyediakan makanan tengah hari kepada pekerja kelab.

Kisah Aston Villa

Kelab dari Birmingham itu sebenarnya sudah menyiapkan hampir seribu pek makanan kepada pekerja kelab. Mereka asalnya dijadualkan bertugas untuk perlawanan menentang Queens Park Rangers.

Namun, perlawanan itu terpaksa ditunda disebabkan salji.

Apakah nasib yang akan menimpa makanan yang telah ditempah itu? Sudah pasti pihak Aston Villa berada di dalam dilema.

Paling pasti, mereka tidak akan membuangnya.

Akhirnya, muncul idea daripada sebuah badan yang berkaitan Aston Villa iaitu, The Aston Villa Foundation.

Derma

Pengurus organisasi tersebut, Guy Rippon telah memberi maklumat di Twitter bahawa mereka akan mendermakan makanan tengah hari. Sasarannya ialah kepada badan berkaitan kebajikan orang gelandangan ‘homeless’.

Akhirnya ada beberapa badan kebajikan menyahut seruan tersebut. Mereka mengambil makanan tersebut dan diagihkan kepada para penerima yang disasarkan.

Salah satu wakil badan kebajikan tersebut berkata, mereka seolah sangat gembira dengan bantuan datang tiba-tiba. Kebiasaannya mereka mengagihkan bantuan pada setiap Selasa, tetapi kali ini ia amat luar biasa.

Badan kebajikan tersebut mengambil 300 pek makanan dan akan diagihkan pada Ahad.

https://twitter.com/davecave8/status/969905406381346816?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Ffootballleagueworld.co.uk%2Famazing-well-done-villa-aston-villa-fans-left-feeling-proud-following-latest-update%2F

Laman penyokong Villa pun memuji secara terbuka tindakan bijak kelab sokongan mereka ini. Begitu juga dengan beberapa penyokong yang melahirkan ucapan tahniah.

Sikap pengurusan kelab yang peka dan prihatin ini haruslah dipuji. Bukan apa, meskipun kelab bola sepak itu antara terkaya dalam EFL Championship, mereka masih cuba mendekati orang yang serba kekurangan.

Semoga akan ada program yang sebegini sentiasa berterusan diadakan di negara kita pula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN