Cerita Di Sebalik Asteroid Yang Bernama Arsene Wenger

Saban hari, kita akan mempelajari benda baru dalam hidup. Jadi, untuk hari ini, apa kata kami kongsikan dengan anda suatu informasi bola sepak yang menarik bagi peminat bola sepak, khususnya peminat Arsenal.

Tahukah anda bahawa terdapat sebuah asteroid dinamakan sempena nama pengurus kelab Arsenal, Arsene Wenger?

yahoo

Bergurau? Kami tidak bergurau ! Arsene Wenger merupakan satu-satunya pengurus kelab bola sepak yang mempunyai asteroid yang dinamakan sempena nama beliau.

Kisahnya bermula apabila seorang pencerap bintang dan pengkaji asteroid, Dr. Ian P. Griffin telah menjumpai sebuah asteroid baru di dalam jaluran asteroid di antara planet Marikh dan Musytari. Sebagai seorang Gooner, Dr. Ian telah menamakan asteroid tersebut sempena nama pengurus Arsenal.

Menurut Dr. Ian, dia menamakan astroid itu kerana menghormati rekod Arsene Wenger yang berjaya mengemudikan kelab di utara London itu dengan rekod 49 perlawanan tanpa kalah pada musim 2003-2004. Satu rekod menakjubkan yang hanya berjaya dipecahkan oleh Bayern Munich sepuluh tahun kemudian.

arsenal 4u

Sebagai orang yang menemui asteroid itu, saya mempunyai kelebihan tersendiri untuk mencadangkan nama asteroid tersebut kepada Kesatuan Astronomikal Antarabangsa .

Dan saya terfikir, tiada insan lain yang berhak mendapat pengiktirafan ini selain lelaki yang berjaya membawa bola sepak ke peringkat yang lebih tinggi.

Mungkin anda tertanya-tanya apa deskripsi penamaan asteroid tersebut. Menurut rekod NASA, info penamaannya adalah seperti berikut:

nasa

Di lahirkan di Perancis, Arsene Wenger (lahir 1949) telah mengurus Arsenal Football Club di England sejak 1996. Beliau merupakan pengurus paling berjaya di kelab berdasarkan bilangan trofi yang telah dimenangi. Pada tahun 2004, dia menjadi satu-satunya pengurus di Liga Perdana yang mengharungi seluruh musim tanpa tewas.

Jika anda merujuk kepada Wikipedia pula, asteroid yang diberi nama “33179 Arsènewenger” itu dikatakan mempunyai tempoh mengorbit matahari selama 1544.2942189 hari, bersamaan 4.23 tahun.

Ini bermakna, Arsene Wenger baru berumur 15 tahun jika mengikut kalendar di asteroidnya!

wikiwwenger

Lebih menarik, asteroid ini juga mempunyai akaun Twitter nya yang tersendiri. Akaun @Wenger33179 ini sebenarnya aktif dan setakat artikel ini ditulis, akaun parodi ini mempunyai lebih 600 followers.

twitter

Sewaktu Arsenal tewas di pentas UCL beberapa tahun lepas, Arsene Wenger pernah berkata bahawa Lionel Messi bukan berasal dari bumi. Ironinya, dia sendiri juga berasal dari “angkasa lepas” !

Untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh membacanya di blog Dr. Ian Griffin dan laman web rasmi NASA di link berikut:

Laman web rasmi Dr. Ian Griffin

Asteroid Arsene Wenger 33179 (NASA)

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sumber gambar: Arsenal4u, Mirror Co UK, Yahoo News.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN