Assifuah & Natxo Insa Layak Dijulang ‘The Unsung Hero’ Buat Kelab Masing-Masing

Nama penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Ebenezer Assifuah antara layak dijulang selaku ‘the unsung hero’ pada aksi separuh akhir pertama Piala FA walaupun Sang Kenari tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Begitu juga dengan kelibat pemain tengah Malaysia iaitu Natxo Insa yang wajar dipuji ramai ekoran kualiti serta impak permainan beliau buat JDT di atas padang.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA), Kedah mencipta kekalahan tipis 1-2 kepada JDT dengan menampilkan corak permainan cukup menyakinkan.

Satu gol Kedah terhasil menerusi bekas pemain Terengganu musim lalu iaitu Habib Haroon, sementara JDT memperoleh dua jaringan melalui ledakan Oscar Arribas serta penyerang Harimau Malaya, Romel Morales.

Tatkala pasukan tersebut dirundung pelbagai isu malang sejak awal musim, ramai tidak menjangkakan skuad kendalian Nafuzi Zain sebenarnya masih mampu untuk memberi persaingan sengit di atas gelanggang.

Walaupun secara hakikatnya mereka tewas pada aksi tersebut, pasukan itu hampir sebenarnya untuk mencipta kejutan ke atas lawan terutama sekali membabitkan separuh masa kedua.

Kemasukan Ebenezer Assifuah boleh dianggap sebagai suatu perubahan cukup positif untuk mengukuhkan lagi jentera serangan Kedah yang tampil serba layu di babak pertama.

Masuk menggantikan Milos Gordic, impak bekas penyerang kebangsaan Ghana itu jelas sangat menyakinkan menerusi gerakan-gerakan dicipta beliau untuk melancarkan serangan Sang Kenari.

Malah, Assifuah juga memainkan peranan cukup besar untuk penghasilan gol Kedah menerusi sumbangan jaringannya disudahkan dengan begitu sempurna oleh Habib Haroon.

Selain itu, boleh dikatakan rata-rata pemerhati bola sepak juga pasti bersetuju untuk menyatakan kualiti Assifuah jauh lebih baik berbanding Gordic selaku tunjang utama serangan Kedah ketika ini.

Selain Assifuah, pemain tengah JDT iaitu Natxo Insa juga boleh dianggap sebagai ‘wira tak didendang’ dalam aksi tersebut menerusi sumbangan serta impak beliau di atas padang selaku tonggak tengah.

Tatkala dirinya menjadi mangsa kritikan menerusi persembahannya buat Harimau Malaya di Qatar lalu kurang menyakinkan, Natxo membuktikan dirinya masih memiliki sentuhan emas di atas padang.

Beraksi sehingga minit ke-80, Natxo memainkan peranan cukup besar untuk mematikan ancaman Kedah di posisi tengah selain mengganggu rentak serangan lawan dengan lebih awal.

Gandingannya bersama Afiq Fazail dan Juan Muniz Gallego wajar dipuji walaupun persefahaman antara mereka masih perlu diperbaiki terutama daripada segi penguasaan serta kreativiti.

Baik Kedah atau JDT, kedua pasukan tersebut memiliki ‘wira tak didendang’ yang sudah pun memainkan peranan cukup besar buat pasukan di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN