“Aspek Pemakanan Kena Jaga” – Ong Kim Swee Mahu Pemain Serius Soal Kecergasan Bulan Puasa

Menjelang perlawanan Liga Super membabitkan Sabah menentang Melaka United pada Selasa depan, Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali kelab berkenaan bakal membuat persediaan lebih awal di Kuala Lumpur untuk merebut tiga mata di gelanggang lawan.

Ketika ini, Sabah sudah pun membuat kem latihan di Kuala Lumpur bagi persediaan lebih rapi dengan membuat beberapa perlawanan persahabatan untuk aksi getir di Stadium Hang Jebat minggu hadapan.

Menurut Kim Swee, bagi mengelakkan pasukan beliau dari keciciran mata, beliau mahu para pemain sentiasa fokus dan ambil serius dengan perlawanan ini setelah hanya mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan sebelum itu.

Beliau juga menjangkakan aksi sengit pasti ditampilkan lawan, memandangkan Melaka United juga setakat ini hanya mengutip satu mata sahaja dalam dua perlawanan Liga Super dan skuad kendalian Risto Vidakovic tersebut pastinya turut mengimpikan tiga mata berharga di gelanggang sendiri.

“Kami di Kuala Lumpur bagi mendapatkan perlawanan persahabatan di sini sebab kalau di Sabah, kita kekurangan pasukan untuk lawan dengan Sabah dan sebab itu, kami datang ke sini lebih awal bagi menghadapi persiapan.

“Paling penting adalah aksi menentang Melaka sebab kita tahu mereka hanya mendapat satu mata setakat ini dan ini akan beri kita cabaran di mana mereka pastinya ingin memperbaiki kelemahan sepertimana kita sendiri sebab Sabah juga baru menang satu perlawanan.

“Jadi, saya kena pastikan pasukan akan sentiasa berada di tahap terbaik sebelum mereka akan berdepan dengan perlawanan keempat, kelima dan seterusnya nanti,” jelasnya menerusi MFL.

Selain itu, Kim Swee juga mahu para pemain mengambil serius mengenai soal pemakanan agar tahap kecergasan mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik memandangkan perlawanan itu bakal berlangsung pada bulan Ramadhan.

Dalam masa sama, Kim Swee percaya anak buahnya tidak berdepan begitu banyak masalah untuk mengalami perubahan ini demi menyesuaikan diri dalam perlawanan secara konsisten biarpun aksi berlangsung di bulan puasa.

“Banyak aspek yang perlu kita fikirkan bukan sahaja dari segi waktu sepak mula tetapi aspek pemakanan di mana banyak yang perlu pemain ambil serius.

“Kita tahu puasa hanya untuk Muslim, tetapi pada masa sama ada pemain yang tidak berpuasa seperti pemain import, jadi sudah pasti waktu pemakanan mereka akan berbeza.

“Dan apa yang pemain makan itu adalah satu faktor paling penting sebab apabila kita beraksi jam 10 malam, berbuka pukul 7.30 malam, jurang waktu dua jam setengah itu mereka tidak boleh makan makanan yang terlalu berat sebab ia akan beri impak yang berbeza.

“Tetapi, saya tidak perlu fikir perkara negatif mengenai situasi ini sebab semua pasukan pun akan bermain pada waktu yang sama, jadi pemain-pemain hanya perlu menyesuaikan dengan perkara yang telah ditetapkan ini”, tambahnya.

Untuk rekod awal musim ini, Sabah bermula dengan langkah kiri dalam perlawanan pertama mereka setelah tumpas di tangan juara Liga Premier musim lalu iaitu Negeri Sembilan dengan keputusan 0-1 sebelum kembali bangkit mencipta kemenangan sulung dengan menewaskan Petaling Jaya City dengan keputusan 3-1 pada 9 Mac lalu.

Tampil dengan ramai pemain bintang tempatan, skuad ini antara yang banyak diberi perhatian oleh para penyokong bola sepak tempatan selain faktor Ong Kim Swee sendiri yang sebelum itu cemerlang bersama skuad kebangsaan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN