Asnawi Tak Sabar Bantu Jeonnam Dragons Tempah Slot Ke Saingan Utama K League

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pertahanan kental Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam secara rasminya sudah pun menyertai pasukan baharunya di Korea Selatan, Jeonnam Dragons selepas menabur bakti selama semusim bersama Ansan Greeners.

Musim lalu menyaksikan Asnawi berjaya memberi impak positif bersama Ansan Greeners, selepas pemain tersebut berjaya meraih minit permainan yang sangat baik untuk memberi persaingan hebat bersama rakan sepasukan.

Daripada 26 penampilan dalam saingan K League 2, Asnawi berhasil merekodkan dua jaringan serta dua bantuan gol untuk Ansan Greeners biarpun tampil selaku pertahanan kelab.

Aksinya yang cemerlang musim lalu menyaksikan beliau telah menarik minat Jeonnam Dragons untuk menandatangani beliau bagi memperkukuhkan pertahanan kelab serta memberi sumbangan di posisi hadapan.

Bersama Jeonnam, pertahanan berusia 23 tahun ini jelas tidak sabar untuk membuktikan sesuatu bagi menaikkan kembali nama kelab tersebut berbanding musim lalu.

Saingan musim lalu menyaksikan Jeonnam berada di tangga terakhir carta liga dengan hanya memperoleh enam kemenangan sahaja daripada 40 perlawanan dihadapi mereka untuk mengumpul 35 mata secara keseluruhan.

Sedar akan kelemahan yang ketara di posisi pertahanan dan serangan, kehadiran Asnawi pastinya ditagih untuk kembali memperbaiki isu tersebut pada musim ini.

Menurut Asnawi, walaupun beliau sedar musim lalu merupakan tahun yang sangat buruk buat Jeonnam, dirinya yakin pasukan tersebut mampu melakar kejayaan untuk menempah slot ke divisyen utama.

“Ketika ini saya berada dalam prestasi yang sangat baik dan sangat gembira kerana dapat menyertai Jeonnam musim ini.

“Jeonnam dilihat memiliki peluang untuk dipromosikan ke saingan divisyen utama iaitu K League 1 pada musim hadapan.

“Salah satu sebab saya gembira bersama Jeonnam ialah kerana kelab ini mempunyai sejarah yang amat banyak dalam saingan bola sepak Korea Selatan.

“Pastinya saya akan menunjukkan segalanya yang terbaik untuk membantu pasukan ini meraih sesuatu yang positif,” jelas Asnawi menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, kelab lama Asnawi iaitu Ansan Greeners turut mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan pemain tersebut sebelum itu dan mengakui beliau cepat menyesuaikan diri dalam saingan liga di Korea Selatan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN