Asnawi Mangkualam: “Indonesia Sudah Berada Di Atas Vietnam”

Pertahanan kental Indonesia, Asnawi Mangkualam menyifatkan skuad kebangsaan mereka kini sebenarnya sudah pun mendahului Vietnam menerusi beberapa aspek termasuk kualiti pemain.

Indonesia bakal mengharungi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di peringkat Kumpulan F, dengan aksi ketiga mereka menentang salah satu gergasi Asia Tenggara, Vietnam.

Untuk rekod, Indonesia masih gagal memburu sebarang kemenangan selepas mengharungi dua aksi kelayakan tersebut di peringkat kumpulan dengan satu kekalahan serta satu seri sahaja dicatat pasukan kendalian Shin Tae-yong itu.

Pastinya ini menjadi tugas getir buat jurulatih tersebut untuk memastikan tiga mata pertam mereka diperoleh, apatah lagi beberapa rombakan turut dibuat dalam kalangan pemain.

Walaupun begitu, Asnawi yang juga merupakan kapten untuk Sang Garuda melaungkan keyakinan mengenai keputusan bakal diperolehi mereka seusai menentang cabaran Vietnam nanti.

Aksi bertemu skuad kendalian Philippe Troussier itu bakal berlangsung pada 21 Mac ini dengan Indonesia bakal menjadi tuan rumah terlebih dahulu sebelum aksi seterusnya dijalankan di My Dinh.

Asnawi menyifatkan Indonesia kini jauh lebih baik selepas melihat beberapa pemain warisan baharu lebih berkualiti berjaya didaftarkan bawah kendalian Shin.

Apatah lagi Sang Garuda juga telah pun membuktikannya sendiri ketika aksi Piala Asia 2023 lalu di Qatar selepas mereka membenam cabaran Vietnam menerusi keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal daripada Asnawi.

“Ya, seperti kita tahu Indonesia kini sudah pun dibarisi oleh ramai pemain baharu. Sudah tentu untuk tahap tersebut kami mungkin telah mendahului Vietnam.

“Buktinya, dalam saingan Piala Asia 2023 lalu kami telah pun berjaya mencipta kemenangan mengatasi Vietnam menerusi keputusan penuh 1-0.

“Ketika ini, pastinya keyakinan kami untuk menghadapi pasukan tersebut jauh lebih baik untuk sekali lagi menghadapi lawan yang sama iaitu Vietnam,” ujar Asnawi menerusi petikan Bola.com.

Walaupun begitu, Asnawi dilaporkan tidak dapat beraksi pada aksi pertama menentang Vietnam kerana beliau menjalani hukuman penggantungan perlawanan kerana mengutip deretan kad kuning.

Selain Asnawi, Indonesia juga dilaporkan bakal kehilangan dua pertahanan tengah kental mereka iaiti Elkan Baggott serta Jordi Amat kerana masing-masing mengalami kecederaan tidak dapat dielakkan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN