Asnawi Bakal Dilantik Kapten Indonesia Termuda Untuk Piala Asia 2023?

Nama pertahanan kental Indonesia, Asnawi Mangkualam kini disebut-sebut sebagai calon Kapten Sang Garuda untuk memimpin pasukan itu ke saingan Piala Asia 2023 di Qatar tidak lama lagi.

Asnawi bukan lagi satu nama asing dalam dunia bola sepak selepas pemain tersebut sudah pun meninggalkan impak cukup besar bersama Indonesia di pentas antarabangsa.

Malah nama pertahanan muda ini juga sudah beberapa kali diletakkan sebagai Pembantu Kapten bagi setiap perlawanan membabitkan Indonesia sebelum itu.

Pemerhati bola sepak Indonesia, Supriyono Prima melihat Asnawi sebagai calon paling layak sebenarnya untuk menjadi Kapten Indonesia atas beberapa sebab.

Jelas Supriyono, Asnawi boleh disifatkan sebagai salah seorang pemain yang mempunyai ciri kepimpinan terbaik serta sangat matang dalam kalangan rakan sepasukan.

Malah, beliau juga sebenarnya mahu posisi itu sebenarnya dipegang sendiri oleh anak jati Indonesia untuk membawa baik nama negara tersebut di pentas antarabangsa.

“Pada pengamatan saya, Asnawi dilihat sangat sesuai sebagai calon Kapten Indonesia untuk saingan tersebut tidak lama lagi.

“Seeloknya, posisi Kapten itu tidak wajar diberikan kepada pemain lain tetapi biarlah menjadi milik anak jati Indonesia sendiri memakai ‘armband’ tersebut,” kata beliau menerusi CNN Indonesia.

Pemain berusia 24 tahun itu digambarkan sudah memiliki pengalaman cukup tinggi di pentas antarabangsa bersama Indonesia dan layak menjadi penghubung terbaik antara jurulatih dan pemain.

Malah, beliau sudah pun beraksi selama dua musim di Korea Selatan dan menjadi antara pertaruhan utama dalam saingan sana bersama Ansan Greeners serta Jeonnam Dragons.

“Kalau lihat soal beban dan tekanan kerana masih muda, Asnawi dilihat mempunyai mentaliti sangat kuat untuk menjalankan kerjanya.

“Mentaliti beliau itu semakin bertambah baik selepas beliau berkelana di Korea Selatan, cuma Asnawi perlu lebih bijak mengawal emosi untuk mengawal permainan.

“Emosi Asnawi perlu lebih baik dan teknik ‘sliding tackle’ beliau perlu diperbaiki lagi dan saya harap semangat melawan beliau tidak mempengaruhi dirinya bermain lebih kasar,” katanya lagi mengenai pemain tersebut untuk saingan Piala Asia nanti.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN