ASICS Lancar Kasut GEL-KENUN, Kasut Yang Beri Rasa Seperti ‘Berlari Di Atas Awan’

Diinspirasi daripada ketelitian hasil buatan Jepun dan penambahbaikan yang berterusan, ASICS meneruskan legasi teknologi mereka ke fesyen jalanan yang membuatkan produk mereka kelihatan cantik ketika berjalan-jalan mahupun beriadah.

Penambahan terbaru ASICS dalam portfolio produk larian mereka pada kali ini adalah kasut GEL-KENUN. Namanya diinspirasikan daripada perkataan ‘kenun’ yang bermaksud awan dalam bahasa Jepun.

Bersesuaian dengan namanya, GEL-KENUN direka untuk memberi perasaan dan teknologi yang membuatkan pemakai berasa seperti berjalan di atas awan.

Dengan bahagian atas kasut yang fleksibel dan bahagian tumit kasut yang diperbuat sepenuhnya daripada GEL, GEL-KENUN adalah kasut yang anda mesti pakai untuk membuatkan setiap langkah anda bertenaga – lengkap dengan rupa kasut yang ranggi di atas jalan.

Ketika mencuba sendiri persembahan kasut ini setelah dijemput oleh ASICS Malaysia dalam majlis pengenalan GEL-KENUN kepada media di One Utama, Bandar Utama, ternyata kami tidak kecewa.

Sangkaan kami pada mulanya adalah – kasut ini pastinya ringan. Untuk memberi perasaan berjalan di atas kawan, kasut ini pastinya ringan. Tetapi ASICS membuktikan mereka tak perlu meringankan kasut untuk memberi perasaan sebegitu.

Satu perkara tentang kasut ringan adalah – ia tak dibina untuk tahan di jalan tar selama bertahun-tahun.

Jika anda banyak menggunakannya untuk berlari di atas treadmill yang lembut permukaannya – baguslah. Tetapi jika anda banyak menggunakannya untuk berlari di atas tarmac, anda akan mendapati kasut ringan anda akan cepat rosak.

Pada berat 318 gram, GEL-KENUN bukanlah kasut larian yang paling ringan di pasaran. Tetapi ia adalah kasut yang menepati janjinya – cantik dipakai sebagai streetwear, tahan lasak dan ideal untuk berlari.

Dengan meletakkan GEL di bahagian tumit kasut, GEL-KENUN akan menyerap hentakan larian atau langkah anda dengan begitu cemerlang.

https://www.youtube.com/watch?v=-9-Iajh8DQI

Jika anda cenderung mendapat kecederaan lutut selepas terlalu banyak berlari atau berjalan, GEL-KENUN adalah kasut untuk anda. Jika anda lebih mementingkan keselesaan berbanding kelajuan ketika berlari, GEL-KENUN bagaikan dihantar oleh Tuhan kepada anda.

GEL-KENUN boleh didapati di semua cawangan ASICS Malaysia dan dan kedai barangan sukan yang terpilih dengan harga RM 499 sepasang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN