Ashley Young Sedia Ganti Luke Shaw

Luke Shaw mengalami kecederaan ketika aksi menentang Crystal Palace pada minggu lalu. Beliau dingantikan oleh Ashley Young.

Manchester United mengesahkan bahawa pemain terbaik tahunan mereka musim lalu – Luke Shaw – akan terlepas aksi sekurang-kurangnya 5 minggu kerana kecederaan di hamstring.

Dengan jadual yang sangat padat, Shaw boleh terlepas sehingga 8 perlawanan selepas ini. Antaranya perlawanan yang Shaw bakal terlepas termasuk aksi menentang Leicester dan Arsenal.

Man United juga akan memulakan kempen Eropah mereka tidak lama lagi.

Shaw menjadi pemain penting Manchester United pada musim lalu. Beliau bermain banyak perlawanan untuk The Red Devils.

Dengan ketiadaan Luke Shaw, ini bermakna Ole Gunnar Solskjaer akan menurunkan pemain lain untuk posisi tersebut.

Pemain veteran, Ashley Young sudah bersedia untuk menggalas tugas Luke Shaw, sementara pemain itu menjalani proses rawatan.

BARCELONA, SPAIN – APRIL 16: Ashley Young of Manchester United reacts after the UEFA Champions League Quarter Final second leg match between FC Barcelona and Manchester United at Camp Nou on April 16, 2019 in Barcelona, Spain. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Beliau adalah pilihan utama Solskjaer musim lalu untuk posisi bek kanan. Namun dalam beberapa musim kebelakangan ini, Ashley Young merupakan pemain yang kerap menjadi pilihan (sama ada pilihan utama ataupun kedua) untuk mengisi, sama ada, posisi bek kiri dan bek kanan.

Selain daripada Ashley Young, Diogo Dalot juga antara opsyen untuk bermaik di posisi bek kiri. Namun Dalot buat masa ini masih belum cergas sepenuhnya.

Perlawanan seterusnya, Manchester United akan berkunjung ke St Mary berhadapan dengan Southampton dalam usaha mereka bangkit daripada kekalahan di tangan Crystal Palace minggu lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN