Ashley Young: Ketiadaan Paul Pogba Mampu Ditampung Manchester United

Pogba

Ketua pasukan Manchester United, Ashley Young percaya bahawa pengurus, Ole Gunnar Solskjaer mempunyai skuad yang cukup bagi menampung ketiadaan perancang kreatif, Paul Pogba sekaligus memperbaiki prestasi The Red Devils.

Pogba yang sudah terlepas tujuh perlawanan dalam semua pertandingan mengalami kecederaan buku lali ketika pertemuan menentang Arsenal yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Old Trafford pada awal Oktober lalu.

”Dalam skuad ini, terdapat ramai pemain yang boleh dimasukkan bagi mengisi posisi tersebut. Kami mempunyai persaingan yang hebat bagi merebut tempat dalam pasukan.”

”Anda perlu memberikan 100 peratus komitmen dalam latihan. Kami perlu beraksi dengan baik dan itu tidak sukar (buat kami).”

”Jelas sekali apabila anda kehilangan pemain seperti Paul [Pogba], ia memang mengecewakan tetapi pemain lain yang beraksi di posisi itu telah melakukannya dengan cukup hebat.”

”Ia akan menjadi lebih hebat apabila dia kembali menjalani latihan, seperti yang saya katakan, ia adalah persaingan bagi merebut tempat [kesebelasan utama],” jelas Ashley Young lagi.

Menurut laporan media barat, Pogba dijangka akan dapat kembali beraksi pada Disember nanti.

Manchester United dan Ole Gunnar Solskjaer ketika ini berada di keadaan yang sedikit tertekan apabila sekadar menduduki tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris apabila hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada 11 perlawanan dilalui.

Kredit foto: Football365

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN