Ashley Westwood ditamatkan kontrak oleh pasukan Pulau Pinang dalam siaran media yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebentar tadi.
Kontrak beliau ditamatkan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa haluan sendiri.
Prestasi tidak baik
Kehadiran Westwood yang pada mulanya membawa reputasi tinggi sebagai bekas pengendali FC Bengaluru pada mulanya diterima baik para peminat.
Namun selepas siri rentetan kekalahan dalam saingan liga serta dimalukan oleh pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Piala FA Malaysia, nasib Westwood mula menjadi perhatian.
Tempoh hari, presiden FAP Zairil Khir Johari berkata akan ada perubahan dalam skuad Pulau Pinang dan langkah pertama adalah menyingkirkan Westwood sebagai ketua jurulatih.
Skuad Pulau Pinang kini bakal diterajui oleh penolong jurulatih iaitu Darren Read sebagai pemangku jurulatih pasukan Pulau Pinang.
Menurut Zairil, FAP dalam misi mencari jurualatih baharu bagi mengisi kerusi Westwood yang ditinggalkan.
Namun setakat ini, belum ada sumber mengatakan jurulatih mana bakal dirisik oleh Pulau Pinang.
Baca juga: Isu Jadual Terlalu Padat, Adakah Keane Ada Asas Kukuh Tempelak Mourinho?