Ashley Westwood Digantung 4 Perlawanan Oleh FAM

Ashley Westwood digantung 4 perlawanan oleh FAM. Pengendali baru skuad Pulau Pinang itu menerima hukuman berat daripada FAM kerana kelakuan beliau di kawasan teknikal.

Dalam mensyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 8 Februari 2017, Westwood didapati bersalah kerana menuturkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan.

Insiden berlaku pada perlawanan Liga Super 2017 di antara Pulau Pinang menentang Perak pada 27 Januari 2017 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

kredit foto: Asiana.my

Ashley Westwood telah didapati bersalah kerana melanggar Artikel 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM’ berkenaan Salahlaku terhadap pegawai perlawanan.

Seterusnya beliau juga melanggar Artikel 59 (a) Kod Tatatertib FAM berkenaan Kelakuan menyinggung dan Fair Play

dan

Artikel 50.1 (c) Kod Tatatertib FAM berkenaan Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan.

Westwood tidak akan berada di kerusi teknikal pasukan Pulau Pinang untuk 4 perlawanan bermula dengan perlawanan menentang T-Team pada 4 Februari lalu. Ia bermula secara automatik.

3 lagi baki penggantungan beliau adalah:

  1. Perlawanan Liga Super 2017 di antara Pulau Pinang lawan Sarawak pada 11 Februari 2017 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.
  2. Perlawanan Liga Super 2017 di antara Pahang lawan Pulau Pinang pada 18 Februari 2017 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
  3. Perlawanan Liga Super 2017 di antara Kedah lawan Pulau Pinang pada 25 Februari 2017 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Selain itu, Ashley Westwood turut dikenakan denda sebanyak RM2,000.00 dan amaran agar tidak mengulangi kesalahan serupa di masa akan datang.

Jika tidak, beliau akan menerima hukuman yang lebih berat.

Ia mungkin berita yang sukar untuk pasukan Pulau Pinang yang bergelut dalam memulakan musim ini.

Pulau-Pinang, satu-satunya pasukan yang gagal mendapat sebarang mata dan jaringan selepas 3 perlawanan liga Super.

Baca juga: Tevez Tewas Ketika Perlawanan Pertamanya Bersama Shanghai Shenhua

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN